Pages

Wednesday, 19 March 2014

contoh PBS PENGAJIAN AM STPM



PENGENALAN.

Dunia pada hari ini telah dibangkitkan dengan pelbagai isu yang memberi impak negatif kepada bumi kita. Antara isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat adalah mengenai pencemaran yang berlaku di atas muka bumi ini. Dalam erti kata lain pencemaran boleh dimaksudkan sebagai percampuran sesuatu benda atau perkara yang tercemar masuk ke dalam sesuatu perkara yang positif. Perkara tercemar tersebut akan memberikan kesan-kesan yang buruk kepada alam sekitar, budaya dan bangsa sekiranya tidak ditangani. Disini penulis ingin menghuraikan secara detail beberapa pencemaran yang boleh didapati di Malaysia. Antaranya adalah pencemaran air yang berlaku terhadap sumber air kita iaitu sungai dan laut.

Sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan harian manusia serta flora dan fauna. Punca utama pencemaran sungai ialah kumbahan domestik dan industri, efluen dari kilang minyak sawit, kilang getah dan penternakan, operasi perlombongan, perumahan, pembinaan jalan, pembalakan dan pembersihan hutan. Sungai merupakan elemen penting di dalam sistem hidrologi. Hidrologi merupakan kajian sains mengenai ciri-ciri air, pengagihan air di atas dan di bawah aras muka bumi serta di atmosfera. Kitaran Hidrologi dikenali sebagai pergerakan air antara bumi dengan atmosfera. Sungai adalah laluan air semula jadi yang boleh dibahagikan kepada kawasan tadahan, bahagian tengah sungai dan bahagian muara sungai. Sistem sungai pula terdiri dari anak-anak sungai yang mengalir ke sungai utama.Sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan harian manusia serta flora dan fauna.

 Fungsi sungai boleh dibahagikan kepada dua iaitu Sumber Air yang penting bagi kehidupan manusia, flora dan fauna, aktiviti pertanian/akuakultur, perindustrian dan kegunaan domestik. Manakala kegunaan lain tempat pembiakan, habitat, penempatan bandar dan kampung,perdagangan, pelabuhan, riadah, kuasa hidro dan sumber pelancongan. Sungai-sungai di Malaysia mempunyai pelbagai aneka jenis flora dan fauna menawarkan peluang rekreasi yang sangat hebat. Sungai pada mulanya adalah tidak tercemar tetapi selepas kegunaan manusia, air menjadi keruh.Kemerosotan kualiti air sungai sangat signifikan dengan pembangunan akibat daripada pencemaran berpunca (point source ) dan tidak berpunca (non point sources).

Rasional penulis adalah dalam mengkaji beberapa isu pencemaran yang berlaku terhadap sistem saliran dan peparitan yang tercemar di kawasan Pekan Bota Kanan hingga menyebabkan masyarakat kekurangan air bersih . Hal ini kerana ekoran peningkatan jumlah penduduk dari semasa ke semasa, selain pelbagai kegiatan berkaitan mengakibatkan berlakunya pencemaran terhadap sumber air yang ada. Ia sekali gus meletakkan kita dalam krisis yang meruncing untuk mendapatkan bekalan air bersih mencukupi bagi menampung segala aktiviti seharian. 


Bukan itu saja, terdapat pelbagai faktor lain menyumbang kepada berlakunya masalah kekurangan bekalan air bersih antaranya peningkatan suhu global yang menyebabkan kadar kehilangan air berlaku lebih cepat akibat proses penyejatan air yang tinggi ke atmosfera. Selain itu, pencemaran akibat pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik juga menyebabkan sumber air bersih tercemar. Misalnya, longgokan sampah di tapak pelupusan sampah menyebabkan terhasilnya sisa toksik yang seterusnya akan mengalir  ke sungai dan sumber air bersih lain. Pengaliran sampah dan sisa toksik ini akhirnya menyebabkan air tercemar dan bekalan air bersih semakin berkurang. Lebih memburukkan lagi krisis sumber air bersih ialah apabila simpanan air bawah tanah, sumber bekalan air bersih yang sepatutnya dipelihara juga semakin    berkurangan. 


Situasi ini terjadi kerana kegiatan pembalakan yang kian berleluasa hari ini hingga menjejaskan kawasan tadahan air. Pembangunan pesat yang berlaku secara tidak terancang juga menyebabkan air hujan tidak serap ke dalam tanah, sebaliknya terus mengalir ke sungai. Keadaan ini mengakibatkan kuantiti air bawah tanah menjadi semakin berkurangan dan seterusnya menjejaskan mutu bekalan air. Kekurangan bekalan air bersih akan turut menjejaskan kesihatan masyarakat.




 Contohnya, akibat kekurangan sumber air bersih untuk minuman menyebabkan berlakunya dehidrasi (kekurangan air dalam badan) selain menyebabkan berlaku penyakit seperti taun kerana meminum air tercemar. Masalah kekurangan bekalan air turut memberi kesan terhadap sumber tanah iaitu menyebabkan tanah menjadi kontang. Air yang tercemar turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus menjejaskan aktiviti pertanian seterusnya memberi kesan terhadap bekalan makanan serta kadar pertumbuhan ekonomi negara. Melihat kesan bakal dihadapi akibat kekurangan bekalan air bersih, seharusnya kita bermuhasabah diri dan berusaha menanganinya. Kesedaran awal memelihara dan memulihara sumber bekalan air penting bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi sekadar menampung kehidupan harian kita di rumah.



















OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian kerja khusus ini adalah untuk
1. Mengenal pasti punca-puncanya berlaku pencemaran sistem saliran dan peparitan terhadap masyarakat dan persekitaran di Pekan Bota Kanan.
2.  Mengetahui kesan-kesan berlakunya pencemaran sistem saliran dan peparitan terhadap masyarakat dan persekitaran di Pekan Bota Kanan.



















3.0  LOKASI KAJIAN
3.1 Peta
Peta 1: Kawasan Pekan Bota Kanan

       








   Peta di atas menunjukkan kawasan di mana kajian saya dilakukan. Saya menjalankan kajian di Pekan Bota Kanan yang terletak di negeri Perak Darul Ridzuan. Bota Kanan merupakan sebuah pekan yang terletak di Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan. Pekan Bota Kanan terletak di antara Kampung Gajah dan Kampung Bota Kiri. Pekan Bota Kanan juga terletak berhampiran dengan sungai yang dikenali sebgai Sungai Perak di negeri berkenaan. Di Pekan Bota Kanan ini mempunyai pelbagai industri, antaranya Mardec iaitu kilang getah dan Nestle iaitu kilang keluaran produk milo. Manakala di Pekan Bota Kanan juga mempunyai Pusat Pemuliharaan Tuntung yang bertindak dalam melindungi haiwan tersebut daripada kepupusan. Kedudukan Pekan Bota Kanan ini terletak pada latitud 4.35 dan longitud 100.883, Bota Kanan juga merupakan dataran tanah pamah. Populasi penduduk di Pekan Bota Kanan adalah seramai 297 orang yang mendiami di Pekan Bota Kanan ( Jabatan Perangkaan Malaysia 2013).

3.2 Gambar

Gambar 1 : pencemaran yang berlaku di sistem saliran dan peparitan Pekan Bota Kanan.
Sumber: Kajian Lapangan 2014

 Gambar di atas menunjukkan sistem saliran dan peparitan yang tercemar di Pekan Bota Kanan di Daerah Perak Tengah. Sistem saliran ini menghubungkan Sungai Perak dengan penduduk Bota Kanan. Sistem ini terletak berhampiran dengan kawasan persekolahan dan perkampungan penduduk di kawasan Pekan Bota Kanan.









Gambar 2 : Suasana Persekitaran di Kawasan Pencemaran.
Sumber: Kajian Lapangan 2014

  Suasana kawasan saliran dan peparitan yang kurang bersih hingga mengakibatkan pencemaran yang berlaku di hadapan kawasan persekolahan dan kawasan pekan.








4.0 KAEDAH KAJIAN
           Kutipan data kajian, sama ada kualitatif atau kuantitatif, memerlukan alat-alat kajian untuk menjawab soalan-soalan kajian. Data kualitatif boleh dikutip melalui pemerhatian, soal selidik, rujukan (kajian arkib) dan sebagainya. Data kuantitatif dikutip melalui, misalnya, soal selidik, ujian atau inventori.
4.1 Pemerhatian
          Kaedah ini dijalankan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan pelakuan masyarakat atau induvidu di kawasan berlakunya pencemaran tersebut.
4.2 Borang soal selidik
           Kaedah ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Soal selidik diberikan kepada 30 para responden yang berstatus pelajar, sektor awam dan sektor swasta. Kaedah soalan yang diberikan mempunyai 20 soalan yang berkaitan tentang punca dan kesan berlakunya pencemaran sistem saliran dan peparitan. Dengan adanya borang soal selidik ini, ia membantu dalam mengumpulkan maklumat tentang kajian pencemaran sistem saliran dan peparitan dai Pekan Bota Kanan.
4.3 Rujukan (kajian arkab)
           4.3.1 Perpustakaan
           Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Antara buku yang di rujuk, buku bertajuk pencemaran dan buku majalah alam sekitar. Dengan bantuan bahan di perpustakan tersebut ia turut membantu dalam menjalankan kajian di Pekan Bota Kanan.



   4.3.2 Laman sesawang (internet)
          Di samping itu, kaedah ini juga dijalankan dengan cara merujuk di laman media iaitu di internet. Sebagai contoh di laman Yahoo, Google dan Mozilla firefox. Dengan adanya rujukan tersebut ia dapat memudahkan lagi dalam membantu membuat kajian pencemaran saliran dan peparitan di Pekan Bota Kanan.




















5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

 Bahagian ini membincangkan analisis data dan mempamerkan hasil penemuan kajian yang telah dijalankan daripada soal selidik yang telah disediakan kepada para responden yang ada di kawasan kajian. Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan dan purata keseluruhan.

5.1 Demografi responden

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk di Pekan Bota Kanan telah disoal selidik. Kajian berikut berdasarkan daripada analisis status, jantina, umur, taraf pendidikan dan kaum. Malah analisa tersebut telah dipersembahkan dalam bentuk rajah.

Bagi kajian yang dilakukan dengan berdasarkan status, ia dilakukan dengan mempersoalkan beberapa ciri pekerjaan terhadap responden. Antaranya  status yang dipersoalkan adalah pelajar, sektor awam dan swasta. Malah bagi analisa tentang taraf pendidikan pula, adalah lepasan SPM, DIPLOMA dan juga IJAZAH.

Selain itu dari segi aspek perkauman. Turut  dinyatakan di halaman soal selidik adalah melayu, cina dan india. Ini juga turut membantu dalam menjalankan kajian di Pekan Bota Kanan.






5.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Status
Status
Frekuensi
Peratus (%)












Sektor awam
9
30






Sektor swasta
15
50






pelajar
6
20






Jumlah
       30

100

Jadual 1 : Taburan Responden Berdasarkan Status
Sumber : Kajian Lapangan 2014
Rajah 1: Taburan Responden Berdasarkan Status

Jadual 1 menunjukkan taburan responden berdasarkan status. Didapati responden berstatus sektor swasta merupakan majoriti dalam kajian ini dengan bilangannya seramai 15 orang (50%) diikuti responden berstatus sektor awam seramai 9 orang (30%) dan responden berstatus pelajar pula seramai 6 orang (20%).

5.1.2 Taburan Responden Berdasarkan Jantina
Jantina

Frekuensi

Peratus








Lelaki

13

44
















Perempuan

17

56









Jumlah

30

100

Jadual 2 : Taburan Responden Mengikut Jantina
Sumber : Kajian Lapangan 2014

Rajah 2: Taburan Responden Berdasarkan Jantina.
Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Analisis menunjukkan sebilangan besar responden dalam kajian ini terdiri daripada golongan perempuan iaitu seramai 17 orang (56.7%) diikuti responden dari golongan lelaki iaitu seramai 13 orang (44%).


 5.1.3 Taburan Responden Berdasarkan Kaum
Kaum

Frekuensi

Peratus(%)








melayu

30

100









Cina

        0


     0








0

0
india







Jumlah

30

100
Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Kaum
Sumber : Kajian Lapangan 2014

Rajah 3: Taburan Responden Berdasarkan Kaum.
Jadual 3 menunjukkan taburan responden berdasarkan kaum. Analisis menunjukkan sebilangan besar responden dalam kajian ini terdiri daripada kaum melayu iaitu seramai 30 orang (100%) diikuti dengan tiada bilangan responden bagi kaum cina dan india dengan peratusan sebanyak (0%).

 5.1.4 Taburan Responden Berdasarkan Umur.
Umur

Frekuensi

Peratus(%)








15-25

6

20









26-40

        15


     50








9

30
41-70







Jumlah

30

100
Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Umur
Sumber : Kajian Lapangan 2014


Rajah 4: Taburan Responden Berdasarkan Umur.
Jadual 4 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Analisis menunjukkan sebilangan besar responden dalam kajian ini terdiri daripada golongan yang berumur lingkungan 15-25 tahun seramai 6 orang responden bersamaan dengan (20%). Diikuti dengan golongan yang berumur lingkungan 26-40 tahun seramai 15 orang responden bersamaan dengan (50%). Manakala bagi golongan yang berusia 41-70 tahun seramai 9 orang responden bersamaan dengan (30%).

  5.1.5 Taburan Responden Berdasarkan Taraf Pendidikan..
Taraf Pendidikan

Frekuensi

Peratus(%)








SPM

9

30









DIPLOMA

        12


     40








9

30
IJAZAH







Jumlah

30

100

Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan
Sumber : Kajian Lapangan 2014
Rajah 5: Taburan Responden Berdasarkan Taraf Pendidikan.
Jadual 5 menunjukkan taburan responden berdasarkan taraf pendidikan. Analisis menunjukkan sebilangan besar responden dalam kajian ini terdiri daripada golongan yang bertaraf ijazah seramai 9 orang bersamaan dengan (30%). Diikuti dengan golongan yang bertaraf diploma seramai 12 orang bersamaan dengan (40%). Manakala bagi golongan yang bertaraf spm seramai 9 orang bersamaan dengan (30%).

5.2 Punca-Punca Berlakunya Pencemaran Sistem Saliran Dan Peparitan terhadap Masyarakat dan Persekitaran Di Pekan  Bota Kanan.
Jadual di bawah menunjukkan punca-punca berlakunya masalah pencemaran sistem saliran dan peparitan di Pekan Bota Kanan.

BIL
PENYATAAN
sangat tidak setuju

tidak setuju

tiada pilihan

setuju

sangat setuju


bil
%
bil
%
bil
%
bil
%
bil
%
1
Kurangnya sikap ambil peduli dalam kalangan masyarakat .
1
3.33
4
13.33
0
0
10
33.33
15
50
2
Kurangnya nilai nilai murni dalam kalangan masyarakat.
2
6.67
4
13.33
5
16.67
9
30
10
33.33
3
Sikap masyarakat yang sering mengabaikan tanggungjawab mereka.
1
3.33
3
10
6
20
7
23.33
13
43.33
4
Sikap pihak berkuasa kampung yang enggan mengambil tindakan dalam hal ini.
2
6.67
5
16.67
2
6.67
10
33.33
11
36.67
5
Pihak jawatankuasa  yang kurang aktif dalampengawalan

3
10
1
3.33
3
10
12
40
11
36.67
6

Masalah daripada pihak MAJLIS TEMPATAN yang tidak mempedulikan masalah ini.
1
3.33
2
6.67
8
26.67
6
20
13
43.33
7
Sikap pihak MAJLIS TEMPATAN yang gagal menyelesaikan masalah.
4
13.33
0
0
5
16.67
16
53.33
5
16.67
8
Kurangnya prasarana yang diberikan oleh pihak MAJLIS TEMPATAN.
2
6.67
2
6.67
7
23.33
11
36.67
8
26.67
9
Sikap pekerja pihak MAJLIS TEMPATAN yang cuai dalam melakukan kerja.
1
3.33
1
3.33
0
0
19
63.33
9
30
10
Masalah kemudahan pihak MAJLIS TEMPATAN yang rosak dan tidak diperbaiki.
2
6.67
1
3.33
4
13.33
13
43.33
10
33.33

Jadual 6: punca punca berlakunya pencemaran sistem saliran dan peparitan terhadap masyarakat dan persekitaran di Pekan Bota
Sumber: Kajian Lapangan 2014






i.                    Kurangnya sikap ambil peduli dalam kalangan masyarakat di Pekan Bota Kanan
Jadual di sebelah menunjukkan punca-punca berlakunya masalah pencemaran saliran dan peparitan yang berlaku di Pekan Bota Kanan. Bagi punca kurangnya sikap ambil peduli dalam kalangan masyarakat di Pekan Bota Kanan, terdapat seramai 13 orang golongan lelaki dan perempuan seramai 17 orang yang memilih soalan ini. Dapatan kajian mendapati 15 orang bersamaan 50% memilih kategori sangat setuju dan 10 orang bersamaan 33.3% memilih kategori setuju. Manakala 1 orang bersamaan 3.3% memilih ketegori sangat tidak setuju dan 4 orang bersamaan 13.3% memilih kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada pilihan, tiada individu yang memilih ketegori tersebut.

ii. Kurangnya nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat di Pekan Bota Kanan.
Seterusnya bagi penyataan kurangnya nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat di Pekan Bota Kanan, terdapat seramai 6 orang responden yang berumur dalam linkungan 15-25, 15 orang dalam linkungan 26-40 dan seramai 9 orang responden yang berumur dalam linkungan 41-70. Malah kajian mendapati 10 orang bersamaan 33.3% telah memilih kategori sangat setuju dan 9 orang bersamaan 30% telah memilih kategori setuju. manakala 2 orang bersamaan 6.67% telah memilih kategori sangat tidak setuju dan 4 orang bersamaan 13.3% telah memilih kategori tidak setuju. Untuk kategori tiada pilihan, seramai 5 orang bersamaan 16.67% yang memilih kategori tersebut.





iii. Sikap masyarakat yang sering mengabaikan tanggungjawab mereka.
Bagi penyataan sikap masyarakat yang sering mengabaikan tanggungjawab mereka, seramai 9 orang responden yang bertaraf pendidikan SPM, 12 orang bertaraf diploma dan 9 orang responden bertaraf ijazah. Untuk soalan ini hanya 13 orang responden yang memilih ketegori sangat setuju bersamaan dengan 43.3% dan 7 orang responden bersamaan 23.3% telah memilih ketegori setuju. Manakala bagi ketogori sangat tidak setuju seramai 1 orang responden bersamaan 3.3% dan 3 orang responden bersamaan 10% telah memilih kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada pilihan seramai 6 orang yang memilih kategori ini bersamaan dengan 20%.
iv. Pihak berkuasa kampung yang enggan mengambil tindakan dalam masalah ini.
Seterusnya bagi penyataan pihak berkuasa kampung yang enggan mengambil tindakan dalam masalah ini. Terdapat seramai 15 orang diikuti responden berstatus sektor awam seramai 9 orang dan responden berstatus pelajar pula seramai 6 orang . Dapatan kajian mendapati 11 orang bersamaan 36% memilih ketegori sangat setuju dan 10 orang bersamaan 33.3% memilih kategori setuju. Manakala 5 orang bersamaan 16.6% memilih kategori sangat tidak setuju dan 2 orang bersamaan 6.6% memilih kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada pilihan, seramai 2 orang responden yang memilih kategori tiada pilihan.
v. Pihak jawatankuasa kampung yang kurang aktif dalam mengawal kawasan Pekan.
Penyataan pihak Jawatankuasa Pekan yang kurang aktif dalam mengawal kawasan Pekan, terdapat seramai 30 kaum Melayu, dan tiada kaum Cina dan India. Malah kajian mendapati 11 orang bersamaan 36.6% telah memilih kategori sangat setuju dan 12 orang bersamaan 40% telah memilih kategori setuju. manakala 1 orang bersamaan 3.33% telah memilih kategori sangat tidak setuju dan 3 orang bersamaan 10% telah memilih kategori tidak setuju. Untuk kategori tiada pilihan, seramai 3 orang bersamaan 10% yang memilih kategori tersebut.

vii. Masalah pihak majlis tempatan yang tidak mempedulikan masalah ke atas Pekan Bota Kanan.
Penyataan bagi masalah pihak majlis tempatan yang tidak mempedulikan masalah ke atas Pekan Bota Kanan,  seramai 13 orang golongan lelaki dan perempuan seramai 17 orang yang memilih soalan ini. Dapatan kajian mendapati 13 orang bersamaan 43.3% memilih kategori sangat setuju dan 6 orang bersamaan 20% memilih kategori setuju. Manakala 2 orang bersamaan 6.6% memilih kategori sangat tidak setuju dan 1 orang bersamaan 3.3% memilih kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada pilihan, seramai 8 orang bersamaan 26.6% yang memilih kategori tiada pilihan.
viii. Sikap pihak majlis tempatan yang gagal menyelesaikan masalah ke atas Pekan Bota Kanan.
Penyataan sikap pihak majlis tempatan yang gagal menyelesaikan masalah ke atas Pekan di Bota Kanan, terdapat seramai 6 orang responden yang berumur dalam linkungan 15-25, 15 orang dalam linkungan 26-40 dan seramai 9 orang responden yang berumur dalam linkungan 41-70. Malah kajian mendapati 5 orang bersamaan 16.6% telah memilih kategori sangat setuju dan 16 orang bersamaan 53.3% telah memilih kategori setuju. manakala  tiada individu yang memilih kategori sangat tidak setuju dan 4 orang bersamaan 13.3% telah memilih kategori tidak setuju. Untuk kategori tiada pilihan, seramai 5 orang bersamaan 16.67% yang memilih kategori tersebut.
ix. Kurangnya prasarana yang disediakan oleh pihak Majlis Tempatan.
Penyataan kurangnya prasarana yang disediakan oleh pihak majlis tempatan, seramai 9 orang responden yang bertaraf pendidikan SPM, 12 orang bertaraf DIPLOMA dan 9 orang responden bertaraf IJAZAH. Untuk soalan ini hanya 8 orang responden yang memilih kategori sangat setuju bersamaan dengan 26.6% dan 11 orang responden bersamaan 36.6% telah memilih kategori setuju. Manakala bagi kategori sangat tidak setuju seramai 2 orang responden bersamaan 6.6% dan 2 orang responden bersamaan 6.6% telah memilih kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada pilihan seramai 7 orang yang memilih kategori ini bersamaan dengan 23.3%


x. Sikap pekerja Pihak Majlis Tempatan yang cuai dalam melakukan kerja.
Penyataan sikap pekerja pihak majlis tempatan yang cuai dalam melakukan kerja.  Terdapat seramai 15 orang diikuti responden berstatus sektor awam seramai 9 orang dan responden berstatus pelajar pula seramai 6 orang . Dapatan kajian mendapati 9 orang bersamaan 30% memilih ketegori sangat setuju dan 19 orang bersamaan 63.6% memilih kategori setuju. Manakala 1 orang bersamaan 3.3% memilih kategori sangat tidak setuju dan 1 orang bersamaan 3.3% memilih kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada pilihan,  tiada responden yang memilih kategori ini.
xi. Masalah kemudahan pihak Majlis Tempatan yang rosak dan tidak diperbaiki.
Penyataan masalah kemudahan pihak majlis tempatan yang rosak dan tidak diperbaiki , terdapat seramai 30 kaum Melayu, dan tiada kaum Cina dan India. Malah kajian mendapati 10 orang bersamaan 33.3% telah memilih kategori sangat setuju dan 13 orang bersamaan 43.3% telah memilih kategori setuju. Manakala 1 orang bersamaan 3.33% telah memilih kategori sangat tidak setuju dan 2 orang bersamaan 6.6% telah memilih kategori tidak setuju. Untuk kategori tiada pilihan, seramai 4 orang bersamaan 13.3% yang memilih kategori tersebut.









5.3 Kesan-Kesan Berlakunya Masalah Pencemaran Sistem Saliran Dan Peparitan Terhadap Masyarakat dan Persekitaran Di Pekan Bota    Kanan.
Jadual di bawah menunjukkan kesan-kesan berlakunya masalah pencemaran sistem saliran dan peparitan terhadap masyarakat dan persekitaran di Pekan Bota Kanan.
BIL
KENYATAAN
sangat tidak setuju
tidak setuju
tiada pilihan
setuju
sangat setuju


bil
%
bil
%
bil
%
bil
%
bil
%
1
Menyebabkan pencemaran bau di pekan tersebut
0
0
0
0
0
0
12
40
18
60
2
Akan berlakunya masalah penyakit berjangkit dalam kalangan masyarakat
1
3.33
1
3.33
0
0
12
40
16
53.3
3
Mengganggu ketenteraman penduduk setempat.
2
6.67
1
3.33
1
3.33
11
36.67
15
50
4
Akan berlakunya kemusnahan akuatik jika berlarutan ke sungai
1
3.33
0
0
2
6.67
15
50
12
40
5
Kemusnahan berlaku di dalam sungai mahupun laut
2
6.67
1
3.33
0
0
13
43.33
14
46.67

6
Pekan dipandang kotor oleh masyarakat luar.
0
0
0
0
1
3.33
15
50
14
46.67
7
Kehidupan masyarakat pekan menjadi huru hara.
5
16.67
3
10
0
0
8
26.67
14
46.67
8
Pelbagai kehidupan yang musnah berpunca daripada hal tersebut
1
3.33
1
3.33
0
0
12
40
16
53.33
9
Masyarakat dihuni rasa takut akibat dicemari dengan pelbagai jangkitan
0
0
0
0
0
0
10
33.33
20
66.67
10
Masyarakat pekan akan berasa kesal akan masalah yang berlaku ini.
0
0
1
3.33
0
0
9
30
20
66.67

Jadual 7: Kesan-Kesan Berlakunya Pencemaran Sistem Saliran Dan Peparitan Terhadap Masyarakat Dan persekitaran Di Pekan Bota Kanan
Sumber: Kajian Lapangan 2014

i. Pencemaran bau di Pekan Bota Kanan.
Bagi penyataan menyebabkan pencemaran bau di Pekan Bota Kanan, terdapat seramai 13 orang golongan lelaki dan perempuan seramai 17 orang yang memilih soalan ini. Dapatan kajian mendapati 18 orang bersamaan 60% memilih kategori sangat setuju dan 12 orang bersamaan 40% memilih kategori setuju. Manakala bagi tahap sangat tidak setuju, tidak setuju dan tiada pilihan, tiada bilangan responden yang memilih tahap berikut.
ii. Masalah penyakit berjangkit dalam kalangan masyarakat.
Seterusnya bagi penyataan akan berlakunya masalah penyakit berjangkit dalam kalangan masyarakat, terdapat seramai 6 orang responden yang berumur dalam linkungan 15-25, 15 orang dalam linkungan 26-40 dan seramai 9 orang responden yang berumur dalam linkungan 41-70. Malah kajian mendapati 16 orang bersamaan 53.3% telah memilih kategori sangat setuju dan 12 orang bersamaan 40% telah memilih kategori setuju. Manakala 1 orang bersamaan 3.3% telah memilih kategori sangat tidak setuju dan 1 orang bersamaan 3.3% telah memilih kategori tidak setuju. Untuk kategori tiada pilihan,  tiada responden yang memilih kategori tersebut.


iii. Mengganggu ketenteraman penduduk setempat.
Bagi penyataan mengganggu ketenteraman penduduk setempat, seramai 9 orang responden yang bertaraf pendidikan SPM, 12 orang bertaraf DIPLOMA dan 9 orang responden bertaraf IJAZAH. Untuk soalan ini hanya 15 orang responden yang memilih kategori sangat setuju bersamaan dengan 50% dan 11 orang responden bersamaan 36.6% telah memilih kategori setuju. Manakala bagi kategori sangat tidak setuju seramai 2 orang responden bersamaan 6.6% dan 1 orang responden bersamaan 3.3% telah memilih kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada pilihan seramai 1 orang yang memilih kategori ini bersamaan dengan 3.3%.
iv.Berlakunya kemusnahan akuatik jika berlarutan ke sungai.
Seterusnya bagi penyataan akan berlakunya kemusnahan akuatik jika berlarutan ke sungai. Terdapat seramai 15 orang diikuti responden berstatus sektor awam seramai 9 orang dan responden berstatus pelajar pula seramai 6 orang . Dapatan kajian mendapati 12 orang bersamaan 40% memilih kategori sangat setuju dan 15 orang bersamaan 50% memilih kategori setuju. Manakala 1 orang bersamaan 3.3% memilih kategori sangat tidak setuju dan tiada responden yang memilih kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada pilihan, seramai 2 orang responden yang memilih kategori ini bersamaan dengan 6.6%.
v.Kemusnahan berlaku di dalam sungai mahupun laut.
Penyataan kemusnahan berlaku di dalam sungai mahupun laut, terdapat seramai 30 kaum Melayu, dan tiada kaum Cina dan India. Malah kajian mendapati 14 orang bersamaan 46.6% telah memilih kategori sangat setuju dan 13 orang bersamaan 43.3% telah memilih kategori setuju. Manakala 2 orang bersamaan 6.6% telah memilih kategori sangat tidak setuju dan 1 orang bersamaan 3.3% telah memilih kategori tidak setuju. Untuk kategori tiada pilihan, tiada responden yang memilih kategori tersebut.




vi.Pekan dipandang kotor oleh masyarakat luar.
Penyataan pekan dipandang kotor oleh masyarakat luar,  seramai 13 orang golongan lelaki dan perempuan seramai 17 orang yang memilih soalan ini. Dapatan kajian mendapati 14 orang bersamaan 46.6% memilih kategori sangat setuju dan 15 orang bersamaan 50% memilih kategori setuju. Manakala bagi tahap sangat tidak setuju dan tidak setuju, tiada responden yang memilih kategori ini. Malah bagi kategori tiada pilihan, seramai 1 orang bersamaan 3.3% yang memilih kategori tiada pilihan.

vii.Kehidupan masyarakat di Pekan Bota Kanan menjadi huru-hara.
Penyataan kehidupan masyarakat pekan menjadi huru-hara, terdapat seramai 6 orang responden yang berumur dalam linkungan 15-25, 15 orang dalam linkungan 26-40 dan seramai 9 orang responden yang berumur dalam linkungan 41-70. Malah kajian mendapati 14 orang bersamaan 46.6% telah memilih kategori sangat setuju dan 8 orang bersamaan 26.6% telah memilih kategori setuju. Manakala 5 orang responden bersamaan 16.6% telah memilih kategori sangat tidak setuju dan 3 orang bersamaan 10% telah memilih kategori tidak setuju. Untuk kategori tiada pilihan, tiada responden yang memilih kategori ini.

viii.Pelbagai kehidupan yang musnah berpunca daripada masalah pencemaran.
Penyataan pelbagai kehidupan yang musnah berpunca daripada masalah pencemaran, seramai 9 orang responden yang bertaraf pendidikan SPM, 12 orang bertaraf DIPLOMA dan 9 orang responden bertaraf IJAZAH. Untuk soalan ini hanya 16 orang responden yang memilih kategori sangat setuju bersamaan dengan 53.3% dan 12 orang responden bersamaan 40% telah memilih kategori setuju. Manakala bagi kategori sangat tidak setuju seramai 1 orang responden bersamaan 3.3% dan 1 orang responden bersamaan 3.3% telah memilih kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada pilihan, tiada responden yang memilih kategori ini .


ix.Masyarakat dihuni rasa takut akibat dicemari dengan pelbagai jangkitan.
Penyataan masyarakat dihuni rasa takut akibat dicemari dengan pelbagai jangkitan.  Terdapat seramai 15 orang diikuti responden berstatus sektor awam seramai 9 orang dan responden berstatus pelajar pula seramai 6 orang . Dapatan kajian mendapati 20 orang bersamaan 66.6% memilih kategori sangat setuju dan 10 orang bersamaan 33.3% memilih kategori setuju. Manakala bagi tahap sangat tidak setuju, tidak setuju dan tiada pilihan, tiada induvidu yang memilih kategori ini.

x.Masyarakat di Pekan Bota Kanan akan berasa kesal akan masalah yang berlaku ini.
Penyataan masyarakat kampung akan berasa kesal akan masalah yang berlaku ini, terdapat seramai 30 kaum Melayu, dan tiada kaum Cina dan India. Malah kajian mendapati 20 orang bersamaan 66.6% telah memilih kategori sangat setuju dan 9 orang bersamaan 30% telah memilih kategori setuju. Manakala tiada responden yang memilih kategori sangat tidak setuju dan 1 orang bersamaan 3.3% telah memilih kategori tidak setuju. Untuk kategori tiada pilihan, tiada responden yang memilih kategori ini.









RUMUSAN
Kita sudah tentu merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggap bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?
Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.
Secara globalnya masalah pencemaran sistem saliran dan peparitan merupakan di antara agenda terpenting yang harus dihadapi oleh masyarakat di Pekan Bota Kanan. Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan pencemaran di sektor Majlis Tempatan, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-agensi swasta yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran sistem saliran dan peparitan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara Majlis Tempatan dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran sistem saliran dan peparitan amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran sistem saliran dan peparitan di Pekan Bota Kanan tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi.


Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmoni dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara. Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita mencurahkan bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita melemparkan sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate" yang pernah diciptakan.
Langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan bekalan air bersih ialah dengan memperbanyakkan loji rawatan air bagi membolehkan sistem saliran dan peparitan lain yang tercemar diproses menjadi sumber air bersih. Selain itu, peningkatan dari aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga penting bagi membantu menambah sumber bekalan air bersih. Aktiviti R&D secara proaktif akan membuka laluan lebih luas kepada penciptaan alatan moden dan canggih bagi merawat air buangan secara efektif. Melalui R&D juga air dari tempat perkumbahan juga boleh diproses untuk dijadikan sumber bekalan air bersih kepada masyarakat. 

             Langkah seterusnya ialah menyediakan lebih banyak kawasan tadahan air bagi memastikan bekalan air bawah tanah dapat dimaksimumkan. Oleh itu, segala aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan perlu dipantau dan dikawal supaya dapat menyediakan lebih banyak kawasan tadahan air. Di samping itu, pembuangan sisa kimia dan toksik juga perlu dikawal bagi memastikan sumber bekalan air tidak terdedah kepada sebarang bentuk pencemaran. Sudah tiba masanya kita memikirkan dengan lebih serius isu kekurangan bekalan air bersih yang bukan saja melanda negara kita, tetapi juga negara lain di seluruh dunia. Pembabitan seluruh masyarakat dalam usaha memulihara sumber air penting untuk mengatasi kemelut ini. Mudah-mudahan kesedaran itu dapat mempertingkatkan lagi tahap kebersihan sumber air untuk diwarisi anak cucu kita. 




RUJUKAN

Abu Bakar Yang.2004. Alam Sekitar Anugerah Tuhan.Kuala Lumpur : IKIM

Bryan Cartledge.1992.Monitoring The Environment .United States of America :Oxford University Press

David D. Kemp.1990.Global Environmental Issue: A Climatological Approach
.London : Routledge

Douglas D.Ofiara, Joseph J.Seneca.2001.Economical Losses From Marine
Pollution.United States Of America:Island Press

ECD Sabah.2002.Environmental Management In Sabah:Issues And Challenge.
Kota Kinabalu : ECD Sabah

EPD Sabah.2003.Environmental Indicator Report.Kota Kinabalu : EPD Sabah.

Harry M. Freeman.1995.Industrial Pollution Prevention Handbook 
. United StatesOf America : McGraw-Hill, Inc

Ismail Sahid.1985.Masalah Alam Sekitar Di Malaysia.
UKM:UKM 

Jan G Laurman, Roger A. Sedjo.1992.Global Forest: Issues For Six BillionPeople.
New Yor: McGraw-Hill,Inc.

Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris.1996.Pencemaran Udara dan Bunyi
.KualaLumpur : Penerbit Mikamas

 Jasman Ahmad.1996.Pencemaran Alam Sekitar.Kuala Lumpur : Eddiplex Sdn.Bhd.

Mohaidi Tajuddin.1989.Teori Ekonomi Alam Sekitar.Kula Lumpur: Dewan BahasaDan Pustaka

William P.Conningham, Barbara Woodworth.1990.Environmental Science: AGlobal Concern.
United States of America: WM C.Brwon Publishers





LAMPIRAN
Lampiran 1: Borang Kaji Selidik
MASALAH SISTEM PENCEMARAN SALIRAN & PERPARITAN TERHADAP MASYARAKAT DAN PERSEKITARAN DI PEKAN BOTA KANAN

A.    LATAR BELAKANG RESPONDEN.

1.UMUR: 15-25 [   ]     41-70 [   ]                               2.JANTINA:
              26-40 [   ]                                                          LELAKI [   ]     PEREMPUAN [  ]

3.PEKERJAAN :                                                          4.TARAF PENDIDIKAN:
     GURU [   ]     KERJA SENDIRI [   ]                         PMR [   ]  SPM [   ]
     PELAJAR [   ]  LAIN-LAIN [   ]                               DIPLOMA [   ]  IJAZAH [   ]
                                                                                         LAIN-LAIN [   ]
5.KAUM:
  CINA [   ] MELAYU [   ]
  INDIA [   ] LAIN-LAIN [   ]
B.PUNCA PUNCA BERLAKUNYA MASALAH PENCEMARAN SISTEM SALIRAN &  PEPARITAN TERHADAP MASYARAKAT DAN PERSEKITARAN DI PEKAN BOTA KANAN
BIL
KENYATAAN
TAHAP PERSETUJUAN
1
Kurangnya sikap ambil peduli dalam kalangan masyarakat di pekan ini.
1
2
3
4
5
2
Kurangnya nilai nilai murni dalam kalangan masyarakat di pekan ini.
1
2
3
4
5
3
Sikap masyarakat yang sering mengabaikan tanggungjawab mereka.           
1
2
3
4
5
4
Sikap pihak berkuasa kampung yang enggan mengambil tindakan dalam hal ini.
1
2
3
4
5
5
Pihak jawatankuasa kampung yang kurang aktif dalam mengawal kawasan kampung.
1
2
3
4
5
6
Masalah daripada pihak MAJLIS TEMPATAN yang tidak mempedulikan masalah ini.
1
2
3
4
5
7
Sikap pihak MAJLIS TEMPATAN yang gagal menyelesaikan masalah.
1
2
3
4
5
8
Kurangnya prasarana yang diberikan oleh pihak MAJLIS TEMPATAN.
1
2
3
4
5
9
Sikap pekerja pihak MAJLIS TEMPATAN yang cuai dalam melakukan kerja.
1
2
3
4
5
10
Masalah kemudahan pihak MAJLIS TEMPATAN yang rosak dan tidak diperbaiki.
1
2
3
4
5


BIL
KENYATAAN
TAHAP PERSETUJUAN
1
Menyebabkan pencemaran bau di kampung tersebut
1
2
3
4
5
2
Akan berlakunya masalah penyakit berjangkit dalam kalangan masyarakat
1
2
3
4
5
3
Mengganggu ketenteraman penduduk setempat.
1
2
3
4
5
4
Akan berlakunya kemusnahan akuatik jika berlarutan ke sungai
1
2
3
4
5
5
Kemusnahan berlaku di dalam sungai mahupun laut
1
2
3
4
5
6
Kampung dipandang kotor oleh masyarakat luar.
1
2
3
4
5
7
Kehidupan masyarakat  menjadi huru hara.
1
2
3
4
5
8
Pelbagai kehidupan yang musnah berpunca daripada hal tersebut
1
2
3
4
5
9
Masyarakat dihuni rasa takut akibat dicemari dengan pelbagai jangkitan
1
2
3
4
5
10
Masyarakat akan berasa kesal akan masalah yang berlaku ini.
1
2
3
4
5
C.KESAN KESAN BERLAKUNYA  MASALAH  PENCEMARAN SALIRAN & PEPARITAN TERHADAP MASYARAKAT DAN PERSEKITARAN DI PEKAN BOTA KANAN