Pages

Wednesday, 19 March 2014

contoh PBS SYARIAH STPM



SENARAI KANDUNGAN
Bil                                Butiran                                                                                     Muka Surat
                                     Senarai Kandungan                                                                         
                                    Abstrak                                                                                            
                                     Penghargaan                                                                                    
1.0                               Pengenalan                                                                                      
2.0                               Objektif Kajian                                                                                
3.0                               Kaedah Kajian                                                                                 
4.0                               Dapatan Kajian
4.1                               Pengenalan Hibah, Hadiah dan Sedekah
4.2                               Pendapat Ulama Terhadap Hibah, Hadiah dan Sedekah
4.3                               Perbezaan Hibah, Hadiah dan Sedekah Menurut Pandangan Fuqaha
5.0                               Rumusan dan Kesimpulan                                                               
                                     Rujukan                                                                                           
                                     Lampiran                                                                                          







ABSTRAK
Hibah, hadiah dan sedekah merupakan satu instrument penting dalam perlaksanaannya menurut pandangan Islam. Kajian ini dijalankan atas tujuan untuk menerangkan konsep hibah, hadiah dan sedekah menurut pandangan Islam. Dalam melakukan kajian penyelidik telah menemui beberapa permasalahan yang timbul dalam kalangan masyarakat mengenai perlaksanaan  konsep hibah, hadiah dan sedekah menrut pandangan Islam. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji konsep hibah, hadiah, dan sadaqah menurut pandangan Islam. Selain itu, objektif  kajian ini  adalah untuk mengkaji perbezaan  yang terdapat diantara konsep hibah, hadiah dan sedekah menurut pandangan fuqaha. Beberapa kaedah kajian turut dijalankan bagi membantu  penyelidik  dalam memperoleh maklumat. Antara kaedah kajian yang dilakukan adalah kaedah perpustakaan yang dilakukan dengan cara merujuk buku buku ilmiah di perpustakaan dan laman sesawang di internet. Antara penemuan kajian yang diperoleh oleh penyelidik adalah mengenai konsep perlaksanaan hibah, hadiah dan sedekah menurut pandangan Islam dan perbezaan hibah, hadiah dan sedekah menurut pandangan fuqaha













PENGHARGAAN                                                                                                                
           Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, saya diberi kesihatan yang baik untuk menyelesaikan kerja projek ini dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w dan para sahabat r.a serta para tabiin yang menegakkan kebenaran serta memperjuangkan panji islam di bumi allah S.W.T.
          Pertama sekali , setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan khas buat Encik Ahmad Zaky bin Daud, guru mata pelajaran syariah di atas bimbingan dan tunjuk ajar serta dorongan yang diberikan sepanjang tugasan ini dijalankan. Ucapan ini juga saya tujukan kepada semua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah di atas curahan ilmu yang bermanfaat.
           Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada para responden yang sudi meluangkan masa bersama penyelidik untuk ditemu bual. Segala maklumat yang mereka berikan amat membantu penyelidik dalam menjalankan kajian ini.
           Tidak lupa juga, ribuan terima kasih ditujukan khas kepada ayahanda dan bonda, Encik Mior Abdul Rahman bin Zubri dan Fazilah binti Abdul Rifin kerana telah banyak memberikan dorongan serta bantuan kewangan sepanjang kajian saya dijalankan. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati dan memberkati ayahanda dan bonda.
             Selanjutnya, penghargaan ini juga untuk sahabat-sahabat saya, Muhamad Hanif bin Soleh dan Muhamad Farul Razi bin Ihsan diatas perkongsian ilmu, ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana sentiasa memberikan semangat kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.
           Akhir kalam, dipanjatkan doa kepada para fuqaha di atas ilmu yang bermanfaat. Semoga roh para fuqaha sentiasa dicucuri rahmat dan berada dalam syurga Allah S.W.T di atas segala pandangan yang mereka kemukakan.
           Sekian, terima kasih.


1. PENGENALAN
       Dalam kajian ini penyelidik mengkaji konsep hibah, hadiah dan sadaqah menurut pandangan Islam. Hal ini kerana masyarakat masih mengangap konsep hibah, hadiah dan sadaqah adalah sama dari segi pengurusannya.
Konsep perlaksanaan hibah, hadiah dan sadaqah adalah berbeza dari segi pengurusannya. Oleh itu masyarakat seharusnya dapat membezakan antara konsep hibah, hadiah dan sadaqah. Menurut pandangan fuqaha tentang perlaksanaan hibah, fuqaha bersependapat bahawa seseorang itu boleh menghibahkan seluruh hartanya kepada orang yang bukan ahli warisnya dan mereka berselisih pendapat tentang orang tua yang melebihkan hibah terhadap sebahagian anaknya atau penghibahan seluruh hartanya kepada sebahagian anaknya tanpa yang lain menurut fuqaha Amshar hibah seperti itu makruh hukumnya.
Menurut pandangan fuqaha terhadap perlaksanaan hadiah wajib memberikan yang sama nilainya dengan hadiah yang diterima, sesuai dengan kebiasaan, kerana asal pada benda adalah pertukaran (pendapat hadawiyah). Bagi sadaqah para fuqaha bersepakat hukum sadaqah pada dasarnya adalah sunnah, mendapat pahala bila dilakukan dan tidak berdosa  jika ditinggalkan. Di samping itu sunnah, adakalanya hukum  sadaqah menjadi haram iaitu dalam keadaan seseorang yang bersedaqah mengetahui dengan pasti bahawa orang yang berakal menerima sadaqah tersebut akan menggunakan harta sadaqah untuk kemaksiatan.
    








2. OBJEKTIF KAJIAN
          Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji konsep hibah, hadiah, dan sadaqah menurut pandangan Islam.
Selain itu objektif kajian ini  adalah untuk mengkaji perbezaan  yang terdapat diantara konsep hibah, sadaqah dan hadiah menurut pandangan fuqaha.

3. KAEDAH KAJIAN
        Penyelidik telah menggunakan kaedah perpustakaan untuk mengetahui segala maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Bahan-bahan yang deperolehi oleh penyelidik adalah daripada buku, artikel, risalah, surat khabar dan juga melalui media elektronik iaitu internet. Melalui buku-buku yang ada di perpustakaan juga penyelidik dapat menjalankan kajian dengan kemas dan teratur. Selain itu, melalui internet pula, penyelidik berpeluang memperoleh lebih banyak maklumat untuk mengetahui tentang konsep hibah, sadaqah dan hadiah seterusnya mengetahui cara pelaksanaan bagi konsep tersebut.










4. PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN
     4.1 Pengenalan
     4.1.1 Pengertian Hibah
          Bagi pengertian hibah, hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan ingin memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya(.www.izulbadawi.blogspot.com)
          Manakala bagi hukum perlaksanaan hibah adalah, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam  terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al- Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T
و لا تؤ تو ا السفها ء امولكم التى جعل الله لكم قىما وارزقوهم فىها واكسوهم وقولو ا لهم قولا معروفا
 bermaksud: “Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ ayat 4).
وءا تى المالى على حبه ذوى القربى والىتمى والمسكىن وابن السبىل والسائلىن وفى الرقاب وأقام الصلوة وءاتى
الزكوة والموفون بعهدهم اذا عهدوا والصبرىن فى البأساء والضراء وحىن البأس أولئك الذىن صدقو وأولئك هم المتقون   bermaksud: dan berikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta minta dan (memerdekakan) hamba sahaya” (Surah al-Baqarah ayat 177).

  4.1.2 Pengertian Hadiah
Manakala bagi pengertian hadiah dalam  islam  pula adalah, menurut istilah syar’i, maka hadiah ialah menyerahkan suatu benda kepada seorang tertentu agar terwujudnya hubungan baik dan mendapatkan pahala dari Allah tanpa adanya permintaan dan syarat. Sebagai contoh Ali memberi hadiah yang disayanginya kepada Muhamad tanpa adanya sebarang balasan.(http://melatins.wordpress.com)
Dalam melaksanakan penyerahan sesuatu benda kepada seseorang ia diperbolehkan dengan  adanya kesepakatan (ulama). Mengikut kesepakatan ulama apabila tidak terdapat di sana larangan syar’i. Terkadang disunnahkan untuk memberikan hadiah apabila dalam rangka menyambung silaturrahim, kasih sayang dan rasa cinta. Terkadang disyariatkan apabila dia termasuk di dalam bab ‘Membalas Budi dan Kebaikan Orang Lain dengan Hal yang Semisalnya’. Dan terkadang pula, boleh menjadi haram, ia merupakan hadiah yang berbentuk suatu yang haram  atau termasuk dalam kategori sogok-menyogok dan yang sehukum dengannya.
Al Imam Al Bukhari telah meriwayatkan hadits di dalam Shahihnya (2585), dan hadits ini memiliki hadits-hadits pendukung yang lain. Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata,
"'الحصول عليه وتحيات هدية وإعادته. وفي (صحيح البخاري وصحيح مسلم) من حديث أبي هريرة راضي النبي صلى الله" "وقال الله عنه أن النبي صلى الله عليه وتحية عندما تعطى الغذاء، سأل عن الطعام" هذا هو هديةأوصدقة؟ "  ، ثم قال عندما يقال "الخيرية" انه الى ملليمترات، "كلوا!" على الرغم من انه لم يأكل. وعندما يقال "هدية"، أشار بيده (تسلمه). ثم فأكل معهم. (رواه البخاري [2576] ومسلم [1077])
Yang bermaksud“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerima hadiah dan membalasnya .”Dan di dalam Ash Shahihain (Shahih Al Bukhari dan Shahih Muslim) dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila diberi makanan, beliau bertanya tentang makanan tersebut, “Apakah ini hadiah atau shadaqah?” Apabila dikatakan, “Shadaqah” maka beliau berkata kepada para shahabatnya, “Makanlah!” Sedangkan beliau tidak makan. Dan apabila dikatakan “Hadiah”, beliau mengisyaratkan dengan tangannya (tanda penerimaan beliau). Lalu beliau makan bersama mereka. (HR. Al Bukhari [2576] dan Muslim [1077])
4.1.3 Pengertian Sadaqah
             Sadaqah pula membawa pengertian iaitu dari segi istilah, Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Arab: صدقة) yang bermaksud benar. Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.( http://melatins.wordpress.com)
            Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah. Sebagai contoh disini amir menginfakkan sebahagian hartanya  di jalan Allah S.W.T.
.      Hukum sedeqah disini dapat disimpulkan dengan beberapa hukum iaitu, Sedekah dibahagikan kepada  wajib yang dikenali sebagai zakat dan yang sunat seperti wakaf, derma dan sumbangan.
           Jadi jelaslah disini bahawa sedeqah mempunyai pelbagai hukum dalam pelaksanaannya.Dalam Al-Qur’an banyak ayat yang menunjukkan bahawa Allah menyuruh kita bersedekah. Dalam sunnah pula banyak hadis menyuruh berbuat demikian, antaranya sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
من أطعم جائعا أطعمه الله من ثمار الجنة، ومن سقى مؤمنا على ظمأ سقاه الله عز وجل يوم القيامة من الرحيق المختوم، ومن كسا مؤمنا عاريا كساه الله من خضر الجنة
(رواه أبو داود والترمزي)
  Maksudnya:”Sesiapa yang memberi makan seseorang yang lapar, Allah akan memberinya makan buah-buahan di syurga, sesiapa yang memberi minum seorang Mu’min yang dahaga, Allah akan memberinya minuman syurga “rahiq al-makhtum” pada Hari Kiamat, sesiapa yang memberi pakaian seorang Mu’min yang telanjang, Allah akan memberinya pakaian di syurga.
(Hadis riwayat Abu DAud dan Tirmidzi)
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lagi:

إن العبد إذا تصدق من طيب، تقبلها الله منه، وأخذها بيمينه، ورباها كما يربي أحدكم مهره أو فصيله، وإن الرجل ليصدق باللقمة فتربو في يد الله، (أو) قال في كف الله، حتى تكون مثل الجبل، فتصدقوا
(رواه أحمد)
 Maksudnya:”Sesungguhnya hamba itu apabila dia bersedekah daripada hartanya yang baik, Allah akan menerimanya. Dia akan mengambilnya dengan tangan kananNya, Dia akan memelihara anak kuda atau anak untanya, sesungguhnya seorang yang bersedekah sesuap makanan dia akan membesar di tangan Allah (atau) di tapak tangan Allah hingga sebesar bukit, oleh itu hendaklah kmu bersedekah.” (Hadis riwayat Ahmad)

       Suruhan bersedekah itu boleh dilakukan pada bila-bila masa ketika ada kesempatan dan lebihan perbelanjaan. Kebanyakan ayat dan hadis berkenaan menyebutkan lafazأنفقوا yang boleh diertikan sebagai membelanjakan, menafkahkan, mendermakan, menyumbangkan, menyedekahkan atau menghulurkan bantuan.
Allah Ta’ala berfirman:
من ذا الذى يقرض الله قرضا حسنا فيضعفه له أضعافا كثير
(سورة البقرة: 245)

       Tafsirnya:” siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman yakni (sadaqah) kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya.”(Surah Al-Baqarah: 245)



4.2 RUKUN DAN SYARAT  BAGI HIBAH, SADAQAH DAN HADIAH
4.2.1 RUKUN DAN SYARAT HIBAH.

a. Pemberi Hibah (Wahib)
         Syarat-syarat pemberi hibah (wahib) adalah baligh, dilakukan atas dasar kemauan sendiri, dibenarkan melakukan tindakan hukum dan orang yang berhak memiliki barang.

b. Penerima Hibah (Mauhub Lahu)
        Syarat-syarat penerima hibah (mauhub lahu), diantaranya :Hendaknya penerima hibah itu terbukti adanya pada waktu dilakukan hibah. Apabila tidak ada secara nyata atau hanya ada atas dasar perkiraan, seperti janin yang masih dalam kandungan ibunya maka ia tidak sah dilakukan hibah kepadanya.

c. Barang Yang Dihibahkan (Mauhub)
        Syarat-syarat barang yang dihibahkan (Mauhub), barang yang dihibahkan memiliki nilai atau harga, betul-betul milik pemberi hibah dan dapat dipindahkan  kepada penerimanya dari tangan pemberi hibah.

d. Akad (Ijab dan Qabul)

             Misalnya si penerima menyatakan “saya hibahkan atau kuberikan tanah ini kepadamu”, si penerima menjawab, “ya saya terima pemberian saudara”.





4.2.2 RUKUN DAN SYARAT  HADIAH

a.       Pemberi  Hadiah.
   
            Pemberi hadiah yang dimaksudkan disini adalah seseorang atau induvidu yang memberikan hadiah kepada seorang penerima hadiah. Manakala syarat bagi pemberi hadiah adalah baligh, dilakukan atas dasar kemauan sendiri dan orang yang berhak memiliki barang.

b. Penerima Hadiah.

            Penerima hadiah yang dimaksudkan disini adalah seseorang yang menerima hadiah daripada pemberi hadiah. Manakala syarat si penerima hadiah adalah orang yang berhak memiliki barang atau harta tersebut.


c.Barang atau Benda (yang dihadiahkan).

            Barang disini adalah membawa makna sesuatu harta benda milik sebenar pemberi yang ingin diberikan kepada penerima. Manakala syaratnya adalah barang tersebut mestilah sesuatu yang bernilai dari segi syarak.

d.Ijab dan Qabul

            Makna disini membawa erti bahawa, pemberi menyatakan saya memberi barang atau harta tersebut dan penerima turut berkata saya menerima barang atau harta tersebut ketika mana akad berlangsung.( Ustaz Abd. Latif Muda, Dr. Rosmawati, 1997)





4.2.3 RUKUN DAN SYARAT  SADAQAH

a. Orang Yang Memberi
          ia membawa makna individu yang melakukan urusan sadaqah tersebut. Manakala syaratnya orang yang memiliki benda itu berhak untuk
mentasharrufkan ( memperedarkannya )

b. Orang Yang Diberi,
          Syaratnya berhak memiliki. Dengan demikian tidak sah memberi kepada anak yang masih dalam kandungan ibunya atau memberi kepada binatang, kerana keduanya tidak berhak memiliki sesuatu.

c.Barang Yang Diberikan,
          Syaratnya barang  atau harta yang ingin diinfakkan adalah barang yang bernilai dari segi syarak.

d. Ijab dan Qabul,
         Ijab ialah pernyataan pemberian dari orang yang memberi sedangkan qabul
ialah pernyataan penerimaan dari orang yang menerima pemberian . manakala syaratnya adalah penerima dan pemberi sadaqah haruslah wujud ketika majlis akad berlangsung.
(Ustaz Abd. Latif Muda, Dr. Rosmawati, 1997)




4.3 PENDAPAT PARA FUQAHA
4.3.1 Perbezaan Pendapat Terhadap Syarat Sahnya Penerimaan Hibah.
Ats-Tsauri, Syafi’i, dan Abu Hanifah sependapat bahwa penerimaan itu termasuk syarat sahnya hibah. Apabila barang tidak diterima, maka pemberi hibah tidak terikat. Menurut Malik, hibah menjadi sah dengan adanya penerimaan dan calon penerima hibah boleh dipaksa untuk menerima seperti jual beli. Apabila penerima hibah memperlambatkan tuntutan untuk menerima hibah sampai pemberi hibah itu mengalami   sakit, maka hibah tersebut batal. Sedangkan menurut Ahmad dan Abu Tsaur, hibah menjadi sah dengan terjadinya akad sedangkan penerimaan tidak menjadi syarat sama sekali.( puspitagiana.blogspot.com)
4.3.2 Pendapat Fuqaha Dalam Pemberian Hadiah.

          Pendapat Hadawiyah : wajib memberikan yang sama nilainya dengan hadiah yang diterima, sesuai dengan kebiasaan, kerana asal pada benda adalah pertukaran.

 Syafi’i dalam qaul jadidnya berpendapat: bahwa pemberian yang mengharapkan balasan adalah batal dan tidak terjadi, kerana ia sama dengan jual beli dengan harga yang tidak jelas.

Sebahagian golongan Malikiyah berpendapat: wajib memberikan balasan terhadap pemberian yang diterima, jika si pemberi tidak menyatakan apa-apa. Atau dalam keadaan si pemberi memang meminta balasan, seperti pemberian dari orang miskin kepada orang kaya, tidak sebaliknya (pemberian dari orang kaya kepada yang miskin, penerima tidak perlu membalas) Apabila pemberi tidak rela dengan balasan yang diberika(.www.Madzhabsyafii.wordpress.com.)

4.3.3 Pendapat Fuqaha Terhadap Hukum Perlaksanaan Sadaqah.
 Imam nawawi  berpendapat hukum sedekah pada dasarnya adalah sunnah, mendapat pahala bila dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Di samping sunnah, adakalanya hukum sedekah menjadi haram iaitu dalam keadaan seseorang yang bersedekah mengetahui dengan pasti bahawa orang yang bakal menerima sedekah tersebut akan menggunakan harta sedekah untuk kemaksiatan. Manakala hukum sedekah menjadi wajib jika seseorang bernazar hendak bersedekah kepada seseorang atau lembaga tertentu. (http://sedekahdoa.wordpress.com.)

4.4 PERBEZAAN ANTARA HIBAH, HADIAH DAN SADAQAH MENURUT PANDANGAN FUQAHA

HIBAH
HADIAH
SADAQAH
 Menurut Imam Hanbali, Hibah ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).
Menurut Imam Syafie,  hadiah ialah menyerahkan suatu benda kepada seorang tertentu agar terwujudnya hubungan baik dan mendapatkan pahala dari Allah tanpa adanya permintaan dan syarat.
Menurut Imam Nawawi, pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Menurut Imam Syafie hibah ialah pemindahan pemilikan barang kepada orang lain ketika masih hidup,  dengan lafaz ijab dan qabul dan bukan kerana mengharapkan pahala.

Ibnu Abidin dalam Hasyiyah Radd Al-Mukhtar mengatakan, “Hadiah  adalah apa-apa yang diberikan tanpa motif timbal balik (bantuan).”
 Menurut Imam Maliki sedekah secara umum adalah pemberian sebuah barang atau apapun kepada orang lain dengan benar-benar mengharap keredaan Allah SWT.

Menurut Imam Hanafi, hibah adalah memberikan sesuatu benda dengan tanpa menjanjikan balasan.
Al-Hafidz bin Al-‘arabi Al-Maliki berkata “Hadiah adalah setiap harta yang diberikan sebagai ungkapan cinta dan kasih sayang.
 Menurut Imam Hanafi suatu pemberian yang diberikan oleh seorang Muslim kepada orang lain secara sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu.
5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN.
Dapat dirumuskan disini bahawa, berdasarkan kajian yang dijalankan, penyelidik dapat mengenalpasti konsep hibah, sadaqah, dan hadiah menurut pandangan Islam pada masa kini. Walau bagaimanapun skop bagi perbincangan kajian ini haruslah menepati syarat-syarat yang dipersetujui oleh Islam dan dapat  dilaksanakan dengan berlandaskan hukum hakam islam. Dalam kajian ini penyelidik dapat mengfokuskan konsep pengertian antara hibah, sadaqah, dan hadiah pada masa kini. Sebagaimana hibah yang membawa makna, Hibah adalah akad pemberian harta milik seseorang kepada orang lain diwaktu ia hidup tanpa adanya imbalan sebagai tanda kasih sayang. Manakala  hadiah berarti Pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan sadaqah berarti suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu.
Selain daripada itu, penyelidik juga dapat mengenal pasti perbezaan hibah, hadiah dan sadaqah menurut pendapat. Perbezaan dapat dikaitkan dengan pelbagai skop, Antaranya adalah mengenai tujuan dalam melakukan konsep ini.  Sebagaimana hibah bukan mengharapkan pahala di akhirat dan malah ingin memuliakan seseorang. Manakala hadiah pula ingin mendekat diri dan berkasih sayang sesama insan dan hadiah niat taqarrub kepada Allah dan ingin mendapatkan ganjaran di akhirat.
Setelah dikaji dan diteliti, beberapa cadangan dan saranan perlu diusahakan ke atas masyarakat dalam mengenali konsep hibah, sadaqah, dan hadiah dengan lebih mendalam lagi serta mengetahui cara-cara perlaksanaannya dan perbezaan antara hibah, hadiah dan sadaqah menurut pandangan ulama. Seterusnya diharap penyelidikan ini juga mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat dan kajian ini juga dapat di terima oleh semua pihak. Antara cadangan yang dapat dikongsikan disini adalah dengan mengadakan kempen kemasyarakatan yang bertujuan untuk menerangkan konsep hibah, sadaqah, dan hadiah dengan lebih mendalam.



SENARAI RUJUKAN
Al-quran
Hadis rasulullah
Dato Dr  Haron Din, Menjawab Persoalan Fiqah Harian, Kuala Lumpur : Pustaka Alam Sdn Bhd, 2013
izulbadawi.blogspot.com
www.e-bacaan.com
Ustaz Abd. Latif Muda, Dr. Rosmawati, Pengantar FIQH TINGKATAN 6, Kuala                                  Lumpur: Pustaka Alam Sdn Bhd, 1997.



2 comments: