Pages

Friday, 14 February 2014

Contoh Pengenalan Kerja Khusus Pengajian Am

PENGENALAN.

Dunia pada hari ini telah dibangkitkan dengan pelbagai isu yang memberi impak negatif kepada bumi kita. Antara isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat adalah mengenai pencemaran yang berlaku di atas muka bumi ini. Dalam erti kata lain pencemaran boleh dimaksudkan sebagai percampuran sesuatu benda atau perkara yang tercemar masuk ke dalam sesuatu perkara yang positif. Perkara tercemar tersebut akan memberikan kesan-kesan yang buruk kepada alam sekitar, budaya dan bangsa sekiranya tidak di tangani. Disini penulis ingin menghuraikan secara detail beberapa pencemaran yang boleh didapati di Malaysia. Antaranya adalah pencemaran air yang berlaku terhadap sumber air kita iaitu sungai dan laut.

Sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan harian manusia serta flora dan fauna. Punca utama pencemaran sungai ialah kumbahan domestik dan industri, efluen dari kilang minyak sawit, kilang getah dan penternakan, operasi perlombongan, perumahan, pembinaan jalan, pembalakan dan pembersihan hutan. Sungai merupakan elemen penting di dalam sistem hidrologi. Hidrologi merupakan kajian sains mengenai ciri-ciri air, pengagihan air di atas dan di bawah aras muka bumi serta di atmosfera. Kitaran Hidrologi dikenali sebagai pergerakan air antara bumi dengan atmosfera. Sungai adalah laluan air semula jadi yang boleh dibahagikan kepada kawasan tadahan, bahagian tengah sungai dan bahagian muara sungai. Sistem sungai pula terdiri dari anak-anak sungai yang mengalir ke sungai utama.Sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan harian manusia serta flora dan fauna.

 Fungsi sungai boleh dibahagikan kepada dua iaitu Sumber Air yang penting kehidupan kepada manusia, flora dan fauna, aktiviti pertanian/akuakultur, perindustrian dan kegunaan domestik. Manakala kegunaan lain tempat pembiakan, habitat, penempatan bandar dan kampung,perdagangan, pelabuhan, riadah, kuasa hidro dan sumber pelancongan. Sungai-sungai di Malaysia mempunyai pelbagai aneka jenis flora dan fauna menawarkan peluang rekreasi yang sangat hebat. Sungai di puncanya adalah tidak tercemar tetapi selepas kegunaan manusia, air menjadi keruh.Kemerosotan kualiti air sungai sangat signifikan dengan pembangunan akibat daripada pencemaran berpunca (point source ) dan tidak berpunca (non point sources).
Rasional penulis adalah dalam mengkaji beberapa isu pencemaran yang berlaku terhadap sistem saliran dan peparitan yang tercemar di kawasan perkampungan bota kanan hingga menyebabkan masyarakat kekurangan air bersih . Hal ini kerana ekoran peningkatan jumlah penduduk dari semasa ke semasa, selain pelbagai kegiatan berkaitan mengakibatkan berlakunya pencemaran terhadap sumber air yang ada. Ia sekali gus meletakkan kita dalam krisis yang meruncing untuk mendapatkan                                                                                                                            bekalan air bersih mencukupi bagi menampung segala aktiviti seharian. 


Bukan itu saja, terdapat pelbagai faktor lain menyumbang kepada berlakunya masalah kekurangan bekalan air bersih antaranya peningkatan suhu global yang menyebabkan kadar kehilangan air berlaku lebih cepat akibat proses penyejatan air yang tinggi ke atmosfera. Selain itu, pencemaran akibat pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik juga menyebabkan sumber air bersih tercemar. Misalnya, longgokan sampah di tapak pelupusan sampah menyebabkan terhasilnya sisa toksik yang seterusnya akan mengalir  ke sungai dan sumber air bersih lain. Pengaliran sampah dan sisa toksik ini akhirnya menyebabkan air tercemar dan bekalan air bersih semakin berkurang. Lebih memburukkan lagi krisis sumber air bersih ialah apabila simpanan air bawah tanah, sumber bekalan air bersih yang sepatutnya dipelihara juga semakin berkurangan. 


Situasi ini terjadi kerana kegiatan pembalakan yang kian berleluasa hari ini hingga menjejaskan kawasan tadahan air. Pembangunan pesat yang berlaku secara tidak terancang juga menyebabkan air hujan tidak serap ke dalam tanah, sebaliknya terus mengalir ke sungai. Keadaan ini mengakibatkan kuantiti air bawah tanah menjadi semakin berkurangan dan seterusnya menjejaskan mutu bekalan air. Kekurangan bekalan air bersih akan turut menjejaskan kesihatan masyarakat.

 Contohnya, akibat kekurangan sumber air bersih untuk minuman menyebabkan berlakunya dehidrasi (kekurangan air dalam badan) selain menyebabkan berlaku penyakit seperti taun kerana meminum air tercemar. Masalah kekurangan bekalan air turut memberi kesan terhadap sumber tanah iaitu menyebabkan tanah menjadi kontang. Air yang tercemar turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus menjejaskan aktiviti pertanian seterusnya memberi kesan terhadap bekalan makanan serta kadar pertumbuhan ekonomi negara. Melihat kesan bakal dihadapi akibat kekurangan bekalan air bersih, seharusnya kita bermuhasabah diri dan berusaha menanganinya. Kesedaran awal memelihara dan memulihara sumber bekalan air penting bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi sekadar menampung kehidupan harian kita di rumah.



 Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). (berita harian 2014)

Kajian yang dikaji oleh penulis  adalah tentang  punca punca berlakunya masalah pencemaran saliran dan peparitan  di kampung bota kanan.

2 comments:

  1. assalamualaikum mior hafiz..saya kurang faham bagaimana nak menghasilkan pengenalan untuk pengajian am ...apa yg perlu saya buat..

    ReplyDelete