PENGENALAN.
Dunia pada hari ini
telah dibangkitkan dengan pelbagai isu yang memberi impak negatif kepada bumi
kita. Antara isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat adalah mengenai pencemaran
yang berlaku di atas muka bumi ini. Dalam erti kata lain pencemaran boleh
dimaksudkan sebagai percampuran sesuatu benda atau perkara yang tercemar masuk
ke dalam sesuatu perkara yang positif. Perkara tercemar tersebut akan
memberikan kesan-kesan yang buruk kepada alam sekitar, budaya dan bangsa
sekiranya tidak ditangani. Disini penulis ingin menghuraikan secara detail
beberapa pencemaran yang boleh didapati di Malaysia. Antaranya adalah
pencemaran air yang berlaku terhadap sumber air kita iaitu sungai dan laut.
Sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan harian
manusia serta flora dan fauna. Punca utama pencemaran sungai ialah kumbahan
domestik dan industri, efluen dari kilang minyak sawit, kilang getah dan
penternakan, operasi perlombongan, perumahan, pembinaan jalan, pembalakan dan
pembersihan hutan. Sungai merupakan elemen penting di dalam sistem hidrologi.
Hidrologi merupakan kajian sains mengenai ciri-ciri air, pengagihan air di atas
dan di bawah aras muka bumi serta di atmosfera. Kitaran Hidrologi dikenali
sebagai pergerakan air antara bumi dengan atmosfera. Sungai adalah laluan air
semula jadi yang boleh dibahagikan kepada kawasan tadahan, bahagian tengah
sungai dan bahagian muara sungai. Sistem sungai pula terdiri dari anak-anak
sungai yang mengalir ke sungai utama.Sungai memainkan peranan penting dalam
kehidupan harian manusia serta flora dan fauna.
Fungsi sungai boleh
dibahagikan kepada dua iaitu Sumber Air yang penting bagi kehidupan manusia,
flora dan fauna, aktiviti pertanian/akuakultur, perindustrian dan kegunaan
domestik. Manakala kegunaan lain tempat pembiakan, habitat, penempatan bandar
dan kampung,perdagangan, pelabuhan, riadah, kuasa hidro dan sumber pelancongan.
Sungai-sungai di Malaysia mempunyai pelbagai aneka jenis flora dan fauna
menawarkan peluang rekreasi yang sangat hebat. Sungai pada mulanya adalah tidak
tercemar tetapi selepas kegunaan manusia, air menjadi keruh.Kemerosotan kualiti
air sungai sangat signifikan dengan pembangunan akibat daripada pencemaran
berpunca (point source ) dan tidak berpunca (non point sources).
Rasional penulis adalah dalam mengkaji beberapa isu
pencemaran yang berlaku terhadap sistem saliran dan peparitan yang tercemar di
kawasan Pekan Bota Kanan hingga menyebabkan masyarakat kekurangan air bersih .
Hal ini kerana ekoran peningkatan jumlah penduduk dari semasa ke
semasa, selain pelbagai kegiatan berkaitan mengakibatkan berlakunya pencemaran
terhadap sumber air yang ada. Ia sekali gus meletakkan kita dalam krisis yang
meruncing untuk mendapatkan bekalan air bersih mencukupi bagi menampung segala aktiviti
seharian.
Bukan itu saja,
terdapat pelbagai faktor lain menyumbang kepada berlakunya masalah kekurangan
bekalan air bersih antaranya peningkatan suhu global yang menyebabkan kadar
kehilangan air berlaku lebih cepat akibat proses penyejatan air yang tinggi ke
atmosfera. Selain itu, pencemaran
akibat pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik juga menyebabkan sumber
air bersih tercemar. Misalnya, longgokan sampah di tapak pelupusan sampah menyebabkan
terhasilnya sisa toksik yang seterusnya akan mengalir ke sungai dan sumber air bersih lain. Pengaliran sampah dan sisa toksik ini
akhirnya menyebabkan air tercemar dan bekalan air bersih semakin berkurang.
Lebih memburukkan lagi krisis sumber air bersih ialah apabila simpanan air
bawah tanah, sumber bekalan air bersih yang sepatutnya dipelihara juga semakin berkurangan.
Situasi ini terjadi
kerana kegiatan pembalakan yang kian berleluasa hari ini hingga menjejaskan
kawasan tadahan air. Pembangunan pesat yang berlaku secara tidak terancang juga
menyebabkan air hujan tidak serap ke dalam tanah, sebaliknya terus mengalir ke
sungai. Keadaan ini mengakibatkan
kuantiti air bawah tanah menjadi semakin berkurangan dan seterusnya menjejaskan
mutu bekalan air. Kekurangan
bekalan air bersih akan turut menjejaskan kesihatan masyarakat.
Contohnya, akibat kekurangan sumber air bersih
untuk minuman menyebabkan berlakunya dehidrasi (kekurangan air dalam badan)
selain menyebabkan berlaku penyakit seperti taun kerana meminum air tercemar. Masalah kekurangan bekalan air turut
memberi kesan terhadap sumber tanah iaitu menyebabkan tanah menjadi kontang.
Air yang tercemar turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus
menjejaskan aktiviti pertanian seterusnya memberi kesan terhadap bekalan
makanan serta kadar pertumbuhan ekonomi negara. Melihat kesan bakal dihadapi akibat
kekurangan bekalan air bersih, seharusnya kita bermuhasabah diri dan berusaha
menanganinya. Kesedaran awal memelihara dan memulihara sumber bekalan air penting
bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi sekadar menampung kehidupan harian
kita di rumah.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian kerja khusus ini adalah untuk
1. Mengenal pasti punca-puncanya berlaku pencemaran sistem saliran
dan peparitan terhadap masyarakat dan persekitaran di Pekan Bota Kanan.
2. Mengetahui kesan-kesan
berlakunya pencemaran sistem saliran dan peparitan terhadap masyarakat dan
persekitaran di Pekan Bota Kanan.
3.0 LOKASI
KAJIAN
3.1 Peta
Peta
1: Kawasan Pekan Bota Kanan
Peta di atas menunjukkan kawasan di mana
kajian saya dilakukan. Saya menjalankan kajian di Pekan Bota Kanan yang
terletak di negeri Perak Darul Ridzuan. Bota Kanan merupakan sebuah pekan yang
terletak di Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan. Pekan Bota Kanan terletak
di antara Kampung Gajah dan Kampung Bota Kiri. Pekan Bota Kanan juga terletak
berhampiran dengan sungai yang dikenali sebgai Sungai Perak di negeri
berkenaan. Di Pekan Bota Kanan ini mempunyai pelbagai industri, antaranya
Mardec iaitu kilang getah dan Nestle iaitu kilang keluaran produk milo.
Manakala di Pekan Bota Kanan juga mempunyai Pusat Pemuliharaan Tuntung yang
bertindak dalam melindungi haiwan tersebut daripada kepupusan. Kedudukan Pekan
Bota Kanan ini terletak pada latitud 4.35 dan longitud 100.883, Bota Kanan juga
merupakan dataran tanah pamah. Populasi penduduk di Pekan Bota Kanan adalah
seramai 297 orang yang mendiami di Pekan Bota Kanan ( Jabatan Perangkaan
Malaysia 2013).
3.2
Gambar
Gambar
1 : pencemaran yang berlaku di sistem saliran dan peparitan Pekan Bota Kanan.
Sumber: Kajian Lapangan 2014
Gambar di atas menunjukkan sistem saliran dan
peparitan yang tercemar di Pekan Bota Kanan di Daerah Perak Tengah. Sistem
saliran ini menghubungkan Sungai Perak dengan penduduk Bota Kanan. Sistem ini
terletak berhampiran dengan kawasan persekolahan dan perkampungan penduduk di
kawasan Pekan Bota Kanan.
Gambar
2 : Suasana Persekitaran di Kawasan Pencemaran.
Sumber:
Kajian Lapangan 2014
Suasana kawasan saliran dan peparitan yang
kurang bersih hingga mengakibatkan pencemaran yang berlaku di hadapan kawasan
persekolahan dan kawasan pekan.
4.0
KAEDAH KAJIAN
Kutipan data kajian, sama ada kualitatif atau kuantitatif, memerlukan
alat-alat kajian untuk menjawab soalan-soalan kajian. Data kualitatif boleh
dikutip melalui pemerhatian, soal selidik, rujukan (kajian arkib) dan
sebagainya. Data kuantitatif dikutip melalui, misalnya, soal selidik, ujian
atau inventori.
4.1 Pemerhatian
Kaedah ini dijalankan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini
digunakan untuk memerhatikan pelakuan masyarakat atau induvidu di kawasan
berlakunya pencemaran tersebut.
4.2 Borang soal selidik
Kaedah ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan
betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi
kajian yang hendak dijalankan. Soal selidik diberikan kepada 30 para responden
yang berstatus pelajar, sektor awam dan sektor swasta. Kaedah soalan yang
diberikan mempunyai 20 soalan yang berkaitan tentang punca dan kesan berlakunya
pencemaran sistem saliran dan peparitan. Dengan adanya borang soal selidik ini,
ia membantu dalam mengumpulkan maklumat tentang kajian pencemaran sistem
saliran dan peparitan dai Pekan Bota Kanan.
4.3 Rujukan (kajian arkab)
4.3.1 Perpustakaan
Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku
rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Antara buku yang
di rujuk, buku bertajuk pencemaran dan buku majalah alam sekitar. Dengan
bantuan bahan di perpustakan tersebut ia turut membantu dalam menjalankan
kajian di Pekan Bota Kanan.
4.3.2 Laman sesawang (internet)
Di samping itu, kaedah ini juga dijalankan dengan cara merujuk di laman
media iaitu di internet. Sebagai contoh di laman Yahoo, Google dan Mozilla
firefox. Dengan adanya rujukan tersebut ia dapat memudahkan lagi dalam membantu
membuat kajian pencemaran saliran dan peparitan di Pekan Bota Kanan.
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan analisis data dan
mempamerkan hasil penemuan kajian yang telah dijalankan daripada soal selidik
yang telah disediakan kepada para responden yang ada di kawasan kajian. Data
yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai
peratusan dan purata keseluruhan.
5.1
Demografi responden
Seramai
30 orang responden yang terdiri daripada penduduk di Pekan Bota Kanan telah
disoal selidik. Kajian berikut berdasarkan daripada analisis status, jantina,
umur, taraf pendidikan dan kaum. Malah analisa tersebut telah dipersembahkan
dalam bentuk rajah.
Bagi
kajian yang dilakukan dengan berdasarkan status, ia dilakukan dengan
mempersoalkan beberapa ciri pekerjaan terhadap responden. Antaranya status yang dipersoalkan adalah pelajar,
sektor awam dan swasta. Malah bagi analisa tentang taraf pendidikan pula, adalah
lepasan SPM, DIPLOMA dan juga IJAZAH.
Selain
itu dari segi aspek perkauman. Turut
dinyatakan di halaman soal selidik adalah melayu, cina dan india. Ini
juga turut membantu dalam menjalankan kajian di Pekan Bota Kanan.
5.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Status
Status
|
Frekuensi
|
Peratus (%)
|
|||
Sektor awam
|
9
|
30
|
|||
Sektor swasta
|
15
|
50
|
|||
pelajar
|
6
|
20
|
|||
Jumlah
|
30
|
100
|
Jadual 1 : Taburan Responden Berdasarkan Status
Sumber : Kajian Lapangan 2014
Rajah 1: Taburan Responden Berdasarkan Status
Jadual 1 menunjukkan
taburan responden berdasarkan status. Didapati responden berstatus sektor
swasta merupakan majoriti dalam kajian ini dengan bilangannya seramai 15 orang
(50%) diikuti responden berstatus sektor awam seramai 9 orang (30%) dan
responden berstatus pelajar pula seramai 6 orang (20%).
5.1.2 Taburan Responden Berdasarkan
Jantina
Jantina
|
|
Frekuensi
|
|
Peratus
|
|
||
|
|
||||||
Lelaki
|
|
13
|
|
44
|
|
||
|
|
|
|||||
|
|
||||||
Perempuan
|
|
17
|
|
56
|
|
||
|
|
|
|||||
Jumlah
|
|
30
|
|
100
|
Jadual 2 : Taburan Responden Mengikut
Jantina
Sumber : Kajian
Lapangan 2014
Rajah
2: Taburan Responden Berdasarkan Jantina.
Jadual 2 menunjukkan taburan responden
berdasarkan jantina. Analisis menunjukkan sebilangan besar responden dalam kajian
ini terdiri daripada golongan perempuan iaitu seramai 17 orang (56.7%) diikuti
responden dari golongan lelaki iaitu seramai 13 orang (44%).
5.1.3 Taburan
Responden Berdasarkan Kaum
Kaum
|
|
Frekuensi
|
|
Peratus(%)
|
|
||
|
|
||||||
melayu
|
|
30
|
|
100
|
|
||
|
|
|
|||||
Cina
|
|
0
|
|
0
|
|||
|
|
|
|||||
|
0
|
|
0
|
||||
india
|
|
|
|
||||
Jumlah
|
|
30
|
|
100
|
Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Kaum
Sumber : Kajian Lapangan 2014
Rajah
3: Taburan Responden Berdasarkan Kaum.
Jadual 3 menunjukkan taburan responden
berdasarkan kaum. Analisis menunjukkan sebilangan besar responden dalam kajian
ini terdiri daripada kaum melayu iaitu seramai 30 orang (100%) diikuti dengan
tiada bilangan responden bagi kaum cina dan india dengan peratusan sebanyak
(0%).
5.1.4 Taburan Responden Berdasarkan Umur.
Umur
|
|
Frekuensi
|
|
Peratus(%)
|
|
||
|
|
||||||
15-25
|
|
6
|
|
20
|
|
||
|
|
|
|||||
26-40
|
|
15
|
|
50
|
|||
|
|
|
|||||
|
9
|
|
30
|
||||
41-70
|
|
|
|
||||
Jumlah
|
|
30
|
|
100
|
Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Umur
Sumber : Kajian Lapangan 2014
Rajah
4: Taburan Responden Berdasarkan Umur.
Jadual 4 menunjukkan taburan responden berdasarkan
umur. Analisis menunjukkan sebilangan besar responden dalam kajian ini terdiri
daripada golongan yang berumur lingkungan 15-25 tahun seramai 6 orang responden
bersamaan dengan (20%). Diikuti dengan golongan yang berumur lingkungan 26-40
tahun seramai 15 orang responden bersamaan dengan (50%). Manakala bagi golongan
yang berusia 41-70 tahun seramai 9 orang responden bersamaan dengan (30%).
5.1.5 Taburan Responden Berdasarkan Taraf Pendidikan..
Taraf Pendidikan
|
|
Frekuensi
|
|
Peratus(%)
|
|
||
|
|
||||||
SPM
|
|
9
|
|
30
|
|
||
|
|
|
|||||
DIPLOMA
|
|
12
|
|
40
|
|||
|
|
|
|||||
|
9
|
|
30
|
||||
IJAZAH
|
|
|
|
||||
Jumlah
|
|
30
|
|
100
|
Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Taraf
Pendidikan
Sumber : Kajian Lapangan 2014
Rajah
5: Taburan Responden Berdasarkan Taraf Pendidikan.
Jadual 5 menunjukkan taburan responden berdasarkan
taraf pendidikan. Analisis menunjukkan sebilangan besar responden dalam kajian
ini terdiri daripada golongan yang bertaraf ijazah seramai 9 orang bersamaan
dengan (30%). Diikuti dengan golongan yang bertaraf diploma seramai 12 orang
bersamaan dengan (40%). Manakala bagi golongan yang bertaraf spm seramai 9
orang bersamaan dengan (30%).
5.2
Punca-Punca Berlakunya Pencemaran Sistem Saliran Dan Peparitan terhadap
Masyarakat dan Persekitaran Di Pekan
Bota Kanan.
Jadual
di bawah menunjukkan punca-punca berlakunya masalah pencemaran sistem saliran dan
peparitan di Pekan Bota Kanan.
BIL
|
PENYATAAN
|
sangat tidak setuju
|
tidak setuju
|
tiada pilihan
|
setuju
|
sangat setuju
|
|||||
|
|
bil
|
%
|
bil
|
%
|
bil
|
%
|
bil
|
%
|
bil
|
%
|
1
|
Kurangnya sikap ambil peduli dalam kalangan
masyarakat .
|
1
|
3.33
|
4
|
13.33
|
0
|
0
|
10
|
33.33
|
15
|
50
|
2
|
Kurangnya nilai nilai murni dalam kalangan
masyarakat.
|
2
|
6.67
|
4
|
13.33
|
5
|
16.67
|
9
|
30
|
10
|
33.33
|
3
|
Sikap masyarakat yang sering mengabaikan
tanggungjawab mereka.
|
1
|
3.33
|
3
|
10
|
6
|
20
|
7
|
23.33
|
13
|
43.33
|
4
|
Sikap pihak berkuasa kampung yang enggan
mengambil tindakan dalam hal ini.
|
2
|
6.67
|
5
|
16.67
|
2
|
6.67
|
10
|
33.33
|
11
|
36.67
|
5
|
Pihak jawatankuasa yang kurang aktif dalampengawalan
|
3
|
10
|
1
|
3.33
|
3
|
10
|
12
|
40
|
11
|
36.67
|
6
|
Masalah daripada pihak MAJLIS TEMPATAN
yang tidak mempedulikan masalah ini.
|
1
|
3.33
|
2
|
6.67
|
8
|
26.67
|
6
|
20
|
13
|
43.33
|
7
|
Sikap pihak MAJLIS TEMPATAN yang gagal
menyelesaikan masalah.
|
4
|
13.33
|
0
|
0
|
5
|
16.67
|
16
|
53.33
|
5
|
16.67
|
8
|
Kurangnya prasarana yang diberikan oleh
pihak MAJLIS TEMPATAN.
|
2
|
6.67
|
2
|
6.67
|
7
|
23.33
|
11
|
36.67
|
8
|
26.67
|
9
|
Sikap pekerja pihak MAJLIS TEMPATAN yang
cuai dalam melakukan kerja.
|
1
|
3.33
|
1
|
3.33
|
0
|
0
|
19
|
63.33
|
9
|
30
|
10
|
Masalah kemudahan pihak MAJLIS TEMPATAN
yang rosak dan tidak diperbaiki.
|
2
|
6.67
|
1
|
3.33
|
4
|
13.33
|
13
|
43.33
|
10
|
33.33
|
Jadual
6: punca punca berlakunya pencemaran sistem saliran dan peparitan terhadap
masyarakat dan persekitaran di Pekan Bota
Sumber:
Kajian Lapangan 2014
i.
Kurangnya
sikap ambil peduli dalam kalangan masyarakat di Pekan Bota Kanan
Jadual di sebelah menunjukkan
punca-punca berlakunya masalah pencemaran saliran dan peparitan yang berlaku di
Pekan Bota Kanan. Bagi punca kurangnya sikap ambil peduli dalam kalangan masyarakat
di Pekan Bota Kanan, terdapat seramai 13 orang golongan lelaki dan perempuan
seramai 17 orang yang memilih soalan ini. Dapatan kajian mendapati 15 orang
bersamaan 50% memilih kategori sangat setuju dan 10 orang bersamaan 33.3%
memilih kategori setuju. Manakala 1 orang bersamaan 3.3% memilih ketegori
sangat tidak setuju dan 4 orang bersamaan 13.3% memilih kategori tidak setuju.
Malah bagi kategori tiada pilihan, tiada individu yang memilih ketegori
tersebut.
ii.
Kurangnya nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat di Pekan Bota Kanan.
Seterusnya
bagi penyataan kurangnya nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat di Pekan
Bota Kanan, terdapat seramai 6 orang responden yang berumur dalam linkungan
15-25, 15 orang dalam linkungan 26-40 dan seramai 9 orang responden yang
berumur dalam linkungan 41-70. Malah kajian mendapati 10 orang bersamaan 33.3%
telah memilih kategori sangat setuju dan 9 orang bersamaan 30% telah memilih
kategori setuju. manakala 2 orang bersamaan 6.67% telah memilih kategori sangat
tidak setuju dan 4 orang bersamaan 13.3% telah memilih kategori tidak setuju.
Untuk kategori tiada pilihan, seramai 5 orang bersamaan 16.67% yang memilih
kategori tersebut.
iii.
Sikap masyarakat yang sering mengabaikan tanggungjawab mereka.
Bagi
penyataan sikap masyarakat yang sering mengabaikan tanggungjawab mereka,
seramai 9 orang responden yang bertaraf pendidikan SPM, 12 orang bertaraf
diploma dan 9 orang responden bertaraf ijazah. Untuk soalan ini hanya 13 orang
responden yang memilih ketegori sangat setuju bersamaan dengan 43.3% dan 7
orang responden bersamaan 23.3% telah memilih ketegori setuju. Manakala bagi
ketogori sangat tidak setuju seramai 1 orang responden bersamaan 3.3% dan 3
orang responden bersamaan 10% telah memilih kategori tidak setuju. Malah bagi
kategori tiada pilihan seramai 6 orang yang memilih kategori ini bersamaan
dengan 20%.
iv. Pihak berkuasa kampung yang enggan
mengambil tindakan dalam masalah ini.
Seterusnya bagi penyataan pihak berkuasa
kampung yang enggan mengambil tindakan dalam masalah ini. Terdapat seramai 15 orang diikuti responden berstatus sektor
awam seramai 9 orang dan responden berstatus pelajar pula seramai 6 orang .
Dapatan kajian mendapati 11 orang bersamaan 36% memilih ketegori sangat setuju
dan 10 orang bersamaan 33.3% memilih kategori setuju. Manakala 5 orang
bersamaan 16.6% memilih kategori sangat tidak setuju dan 2 orang bersamaan 6.6%
memilih kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada pilihan, seramai 2
orang responden yang memilih kategori tiada pilihan.
v.
Pihak jawatankuasa kampung yang kurang aktif dalam mengawal kawasan Pekan.
Penyataan
pihak Jawatankuasa Pekan yang kurang aktif dalam mengawal kawasan Pekan,
terdapat seramai 30 kaum Melayu, dan tiada kaum Cina dan India. Malah kajian
mendapati 11 orang bersamaan 36.6% telah memilih kategori sangat setuju dan 12
orang bersamaan 40% telah memilih kategori setuju. manakala 1 orang bersamaan
3.33% telah memilih kategori sangat tidak setuju dan 3 orang bersamaan 10%
telah memilih kategori tidak setuju. Untuk kategori tiada pilihan, seramai 3
orang bersamaan 10% yang memilih kategori tersebut.
vii.
Masalah pihak majlis tempatan yang tidak mempedulikan masalah ke atas Pekan
Bota Kanan.
Penyataan
bagi masalah pihak majlis tempatan yang tidak mempedulikan masalah ke atas
Pekan Bota Kanan, seramai 13 orang
golongan lelaki dan perempuan seramai 17 orang yang memilih soalan ini. Dapatan
kajian mendapati 13 orang bersamaan 43.3% memilih kategori sangat setuju dan 6
orang bersamaan 20% memilih kategori setuju. Manakala 2 orang bersamaan 6.6%
memilih kategori sangat tidak setuju dan 1 orang bersamaan 3.3% memilih
kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada pilihan, seramai 8 orang
bersamaan 26.6% yang memilih kategori tiada pilihan.
viii.
Sikap pihak majlis tempatan yang gagal menyelesaikan masalah ke atas Pekan Bota
Kanan.
Penyataan
sikap pihak majlis tempatan yang gagal menyelesaikan masalah ke atas Pekan di
Bota Kanan, terdapat seramai 6 orang responden yang berumur dalam linkungan
15-25, 15 orang dalam linkungan 26-40 dan seramai 9 orang responden yang
berumur dalam linkungan 41-70. Malah kajian mendapati 5 orang bersamaan 16.6%
telah memilih kategori sangat setuju dan 16 orang bersamaan 53.3% telah memilih
kategori setuju. manakala tiada individu
yang memilih kategori sangat tidak setuju dan 4 orang bersamaan 13.3% telah
memilih kategori tidak setuju. Untuk kategori tiada pilihan, seramai 5 orang
bersamaan 16.67% yang memilih kategori tersebut.
ix.
Kurangnya prasarana yang disediakan oleh pihak Majlis Tempatan.
Penyataan
kurangnya prasarana yang disediakan oleh pihak majlis tempatan, seramai 9 orang
responden yang bertaraf pendidikan SPM, 12 orang bertaraf DIPLOMA dan 9 orang
responden bertaraf IJAZAH. Untuk soalan ini hanya 8 orang responden yang
memilih kategori sangat setuju bersamaan dengan 26.6% dan 11 orang responden
bersamaan 36.6% telah memilih kategori setuju. Manakala bagi kategori sangat
tidak setuju seramai 2 orang responden bersamaan 6.6% dan 2 orang responden
bersamaan 6.6% telah memilih kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada
pilihan seramai 7 orang yang memilih kategori ini bersamaan dengan 23.3%
x.
Sikap pekerja Pihak Majlis Tempatan yang cuai dalam melakukan kerja.
Penyataan sikap pekerja
pihak majlis tempatan yang cuai dalam melakukan kerja. Terdapat
seramai 15 orang diikuti responden berstatus sektor awam seramai 9 orang dan
responden berstatus pelajar pula seramai 6 orang .
Dapatan kajian mendapati 9 orang bersamaan 30% memilih ketegori sangat setuju
dan 19 orang bersamaan 63.6% memilih kategori setuju. Manakala 1 orang
bersamaan 3.3% memilih kategori sangat tidak setuju dan 1 orang bersamaan 3.3%
memilih kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada pilihan, tiada responden yang memilih kategori ini.
xi.
Masalah kemudahan pihak Majlis Tempatan yang rosak dan tidak diperbaiki.
Penyataan
masalah kemudahan pihak majlis tempatan yang rosak dan tidak diperbaiki ,
terdapat seramai 30 kaum Melayu, dan tiada kaum Cina dan India. Malah kajian
mendapati 10 orang bersamaan 33.3% telah memilih kategori sangat setuju dan 13
orang bersamaan 43.3% telah memilih kategori setuju. Manakala 1 orang bersamaan
3.33% telah memilih kategori sangat tidak setuju dan 2 orang bersamaan 6.6%
telah memilih kategori tidak setuju. Untuk kategori tiada pilihan, seramai 4
orang bersamaan 13.3% yang memilih kategori tersebut.
5.3
Kesan-Kesan Berlakunya Masalah Pencemaran Sistem Saliran Dan Peparitan Terhadap
Masyarakat dan Persekitaran Di Pekan Bota
Kanan.
Jadual di bawah menunjukkan kesan-kesan berlakunya
masalah pencemaran sistem saliran dan peparitan terhadap masyarakat dan
persekitaran di Pekan Bota Kanan.
BIL
|
KENYATAAN
|
sangat tidak setuju
|
tidak setuju
|
tiada pilihan
|
setuju
|
sangat setuju
|
|||||
|
|
bil
|
%
|
bil
|
%
|
bil
|
%
|
bil
|
%
|
bil
|
%
|
1
|
Menyebabkan
pencemaran bau di pekan tersebut
|
0
|
0
|
0
|
0
|
0
|
0
|
12
|
40
|
18
|
60
|
2
|
Akan
berlakunya masalah penyakit berjangkit dalam kalangan masyarakat
|
1
|
3.33
|
1
|
3.33
|
0
|
0
|
12
|
40
|
16
|
53.3
|
3
|
Mengganggu
ketenteraman penduduk setempat.
|
2
|
6.67
|
1
|
3.33
|
1
|
3.33
|
11
|
36.67
|
15
|
50
|
4
|
Akan
berlakunya kemusnahan akuatik jika berlarutan ke sungai
|
1
|
3.33
|
0
|
0
|
2
|
6.67
|
15
|
50
|
12
|
40
|
5
|
Kemusnahan
berlaku di dalam sungai mahupun laut
|
2
|
6.67
|
1
|
3.33
|
0
|
0
|
13
|
43.33
|
14
|
46.67
|
6
|
Pekan
dipandang kotor oleh masyarakat luar.
|
0
|
0
|
0
|
0
|
1
|
3.33
|
15
|
50
|
14
|
46.67
|
7
|
Kehidupan
masyarakat pekan menjadi huru hara.
|
5
|
16.67
|
3
|
10
|
0
|
0
|
8
|
26.67
|
14
|
46.67
|
8
|
Pelbagai
kehidupan yang musnah berpunca daripada hal tersebut
|
1
|
3.33
|
1
|
3.33
|
0
|
0
|
12
|
40
|
16
|
53.33
|
9
|
Masyarakat
dihuni rasa takut akibat dicemari dengan pelbagai jangkitan
|
0
|
0
|
0
|
0
|
0
|
0
|
10
|
33.33
|
20
|
66.67
|
10
|
Masyarakat
pekan akan berasa kesal akan masalah yang berlaku ini.
|
0
|
0
|
1
|
3.33
|
0
|
0
|
9
|
30
|
20
|
66.67
|
Jadual
7: Kesan-Kesan Berlakunya Pencemaran Sistem Saliran Dan Peparitan Terhadap
Masyarakat Dan persekitaran Di Pekan Bota Kanan
Sumber:
Kajian Lapangan 2014
i.
Pencemaran bau di Pekan Bota Kanan.
Bagi
penyataan menyebabkan pencemaran bau di Pekan Bota Kanan, terdapat seramai 13
orang golongan lelaki dan perempuan seramai 17 orang yang memilih soalan ini.
Dapatan kajian mendapati 18 orang bersamaan 60% memilih kategori sangat setuju
dan 12 orang bersamaan 40% memilih kategori setuju. Manakala bagi tahap sangat
tidak setuju, tidak setuju dan tiada pilihan, tiada bilangan responden yang
memilih tahap berikut.
ii.
Masalah penyakit berjangkit dalam kalangan masyarakat.
Seterusnya
bagi penyataan akan berlakunya masalah penyakit berjangkit dalam kalangan
masyarakat, terdapat seramai 6 orang responden yang berumur dalam linkungan 15-25,
15 orang dalam linkungan 26-40 dan seramai 9 orang responden yang berumur dalam
linkungan 41-70. Malah kajian mendapati 16 orang bersamaan 53.3% telah memilih
kategori sangat setuju dan 12 orang bersamaan 40% telah memilih kategori
setuju. Manakala 1 orang bersamaan 3.3% telah memilih kategori sangat tidak
setuju dan 1 orang bersamaan 3.3% telah memilih kategori tidak setuju. Untuk
kategori tiada pilihan, tiada responden
yang memilih kategori tersebut.
iii.
Mengganggu ketenteraman penduduk setempat.
Bagi
penyataan mengganggu ketenteraman penduduk setempat, seramai 9 orang responden
yang bertaraf pendidikan SPM, 12 orang bertaraf DIPLOMA dan 9 orang responden
bertaraf IJAZAH. Untuk soalan ini hanya 15 orang responden yang memilih
kategori sangat setuju bersamaan dengan 50% dan 11 orang responden bersamaan
36.6% telah memilih kategori setuju. Manakala bagi kategori sangat tidak setuju
seramai 2 orang responden bersamaan 6.6% dan 1 orang responden bersamaan 3.3%
telah memilih kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada pilihan seramai
1 orang yang memilih kategori ini bersamaan dengan 3.3%.
iv.Berlakunya kemusnahan akuatik jika
berlarutan ke sungai.
Seterusnya bagi
penyataan akan berlakunya kemusnahan akuatik jika berlarutan ke sungai.
Terdapat seramai 15 orang diikuti responden berstatus sektor
awam seramai 9 orang dan responden berstatus pelajar pula seramai 6 orang .
Dapatan kajian mendapati 12 orang bersamaan 40% memilih kategori sangat setuju
dan 15 orang bersamaan 50% memilih kategori setuju. Manakala 1 orang bersamaan
3.3% memilih kategori sangat tidak setuju dan tiada responden yang memilih
kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada pilihan, seramai 2 orang
responden yang memilih kategori ini bersamaan dengan 6.6%.
v.Kemusnahan
berlaku di dalam sungai mahupun laut.
Penyataan
kemusnahan berlaku di dalam sungai mahupun laut, terdapat seramai 30 kaum
Melayu, dan tiada kaum Cina dan India. Malah kajian mendapati 14 orang
bersamaan 46.6% telah memilih kategori sangat setuju dan 13 orang bersamaan
43.3% telah memilih kategori setuju. Manakala 2 orang bersamaan 6.6% telah
memilih kategori sangat tidak setuju dan 1 orang bersamaan 3.3% telah memilih
kategori tidak setuju. Untuk kategori tiada pilihan, tiada responden yang
memilih kategori tersebut.
vi.Pekan
dipandang kotor oleh masyarakat luar.
Penyataan
pekan dipandang kotor oleh masyarakat luar,
seramai 13 orang golongan lelaki dan perempuan seramai 17 orang yang
memilih soalan ini. Dapatan kajian mendapati 14 orang bersamaan 46.6% memilih
kategori sangat setuju dan 15 orang bersamaan 50% memilih kategori setuju.
Manakala bagi tahap sangat tidak setuju dan tidak setuju, tiada responden yang
memilih kategori ini. Malah bagi kategori tiada pilihan, seramai 1 orang
bersamaan 3.3% yang memilih kategori tiada pilihan.
vii.Kehidupan
masyarakat di Pekan Bota Kanan menjadi huru-hara.
Penyataan
kehidupan masyarakat pekan menjadi huru-hara, terdapat seramai 6 orang
responden yang berumur dalam linkungan 15-25, 15 orang dalam linkungan 26-40
dan seramai 9 orang responden yang berumur dalam linkungan 41-70. Malah kajian
mendapati 14 orang bersamaan 46.6% telah memilih kategori sangat setuju dan 8
orang bersamaan 26.6% telah memilih kategori setuju. Manakala 5 orang responden
bersamaan 16.6% telah memilih kategori sangat tidak setuju dan 3 orang
bersamaan 10% telah memilih kategori tidak setuju. Untuk kategori tiada
pilihan, tiada responden yang memilih kategori ini.
viii.Pelbagai
kehidupan yang musnah berpunca daripada masalah pencemaran.
Penyataan
pelbagai kehidupan yang musnah berpunca daripada masalah pencemaran, seramai 9
orang responden yang bertaraf pendidikan SPM, 12 orang bertaraf DIPLOMA dan 9
orang responden bertaraf IJAZAH. Untuk soalan ini hanya 16 orang responden yang
memilih kategori sangat setuju bersamaan dengan 53.3% dan 12 orang responden
bersamaan 40% telah memilih kategori setuju. Manakala bagi kategori sangat
tidak setuju seramai 1 orang responden bersamaan 3.3% dan 1 orang responden
bersamaan 3.3% telah memilih kategori tidak setuju. Malah bagi kategori tiada
pilihan, tiada responden yang memilih kategori ini .
ix.Masyarakat dihuni rasa takut akibat
dicemari dengan pelbagai jangkitan.
Penyataan masyarakat
dihuni rasa takut akibat dicemari dengan pelbagai jangkitan. Terdapat
seramai 15 orang diikuti responden berstatus sektor awam seramai 9 orang dan
responden berstatus pelajar pula seramai 6 orang .
Dapatan kajian mendapati 20 orang bersamaan 66.6% memilih kategori sangat
setuju dan 10 orang bersamaan 33.3% memilih kategori setuju. Manakala bagi
tahap sangat tidak setuju, tidak setuju dan tiada pilihan, tiada induvidu yang
memilih kategori ini.
x.Masyarakat
di Pekan Bota Kanan akan berasa kesal akan masalah yang berlaku ini.
Penyataan
masyarakat kampung akan berasa kesal akan masalah yang berlaku ini, terdapat
seramai 30 kaum Melayu, dan tiada kaum Cina dan India. Malah kajian mendapati
20 orang bersamaan 66.6% telah memilih kategori sangat setuju dan 9 orang
bersamaan 30% telah memilih kategori setuju. Manakala tiada responden yang
memilih kategori sangat tidak setuju dan 1 orang bersamaan 3.3% telah memilih
kategori tidak setuju. Untuk kategori tiada pilihan, tiada responden yang
memilih kategori ini.
RUMUSAN
Kita sudah
tentu merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan
berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggap
bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah
kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?
Bumi adalah
satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas.
Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh
timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua
bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala
tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan
hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga
kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan
kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.
Secara
globalnya masalah pencemaran sistem saliran dan peparitan merupakan di antara
agenda terpenting yang harus dihadapi oleh masyarakat di Pekan Bota Kanan.
Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan pencemaran di sektor
Majlis Tempatan, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-agensi swasta yang
dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya
terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh
berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran sistem
saliran dan peparitan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara Majlis Tempatan dengan
pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran sistem
saliran dan peparitan amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran sistem saliran
dan peparitan di Pekan Bota Kanan tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada
kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang pentingnya alam sekitar kepada
manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus
dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi.
Penglibatan JAS
dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan
kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam
sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmoni dan
sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara. Alam semulajadi
mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita mencurahkan bahan
kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita melemparkan
sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera
"delicate" yang pernah diciptakan.
Langkah yang boleh
diambil untuk meningkatkan bekalan air bersih ialah dengan memperbanyakkan loji
rawatan air bagi membolehkan sistem saliran dan peparitan lain yang tercemar
diproses menjadi sumber air bersih. Selain
itu, peningkatan dari aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga penting
bagi membantu menambah sumber bekalan air bersih. Aktiviti R&D secara
proaktif akan membuka laluan lebih luas kepada penciptaan alatan moden dan
canggih bagi merawat air buangan secara efektif. Melalui R&D juga air dari
tempat perkumbahan juga boleh diproses untuk dijadikan sumber bekalan air
bersih kepada masyarakat.
Langkah seterusnya ialah menyediakan lebih banyak kawasan tadahan air bagi memastikan bekalan air bawah tanah dapat dimaksimumkan. Oleh itu, segala aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan perlu dipantau dan dikawal supaya dapat menyediakan lebih banyak kawasan tadahan air. Di samping itu, pembuangan sisa kimia dan toksik juga perlu dikawal bagi memastikan sumber bekalan air tidak terdedah kepada sebarang bentuk pencemaran. Sudah tiba masanya kita memikirkan dengan lebih serius isu kekurangan bekalan air bersih yang bukan saja melanda negara kita, tetapi juga negara lain di seluruh dunia. Pembabitan seluruh masyarakat dalam usaha memulihara sumber air penting untuk mengatasi kemelut ini. Mudah-mudahan kesedaran itu dapat mempertingkatkan lagi tahap kebersihan sumber air untuk diwarisi anak cucu kita.
Langkah seterusnya ialah menyediakan lebih banyak kawasan tadahan air bagi memastikan bekalan air bawah tanah dapat dimaksimumkan. Oleh itu, segala aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan perlu dipantau dan dikawal supaya dapat menyediakan lebih banyak kawasan tadahan air. Di samping itu, pembuangan sisa kimia dan toksik juga perlu dikawal bagi memastikan sumber bekalan air tidak terdedah kepada sebarang bentuk pencemaran. Sudah tiba masanya kita memikirkan dengan lebih serius isu kekurangan bekalan air bersih yang bukan saja melanda negara kita, tetapi juga negara lain di seluruh dunia. Pembabitan seluruh masyarakat dalam usaha memulihara sumber air penting untuk mengatasi kemelut ini. Mudah-mudahan kesedaran itu dapat mempertingkatkan lagi tahap kebersihan sumber air untuk diwarisi anak cucu kita.
RUJUKAN
Abu
Bakar Yang.2004. Alam Sekitar Anugerah Tuhan.Kuala Lumpur : IKIM
Bryan
Cartledge.1992.Monitoring The Environment .United States of America :Oxford
University Press
David
D. Kemp.1990.Global Environmental Issue: A Climatological Approach
.London
: Routledge
Douglas
D.Ofiara, Joseph J.Seneca.2001.Economical Losses From Marine
Pollution.United
States Of America:Island Press
ECD
Sabah.2002.Environmental Management In Sabah:Issues And Challenge.
Kota
Kinabalu : ECD Sabah
EPD
Sabah.2003.Environmental Indicator Report.Kota Kinabalu : EPD Sabah.
Harry
M. Freeman.1995.Industrial Pollution Prevention Handbook
.
United StatesOf America : McGraw-Hill, Inc
Ismail
Sahid.1985.Masalah Alam Sekitar Di Malaysia.
UKM:UKM
Jan
G Laurman, Roger A. Sedjo.1992.Global Forest: Issues For Six BillionPeople.
New
Yor: McGraw-Hill,Inc.
Jasman
Ahmad & Siti Razmah Idris.1996.Pencemaran Udara dan Bunyi
.KualaLumpur : Penerbit Mikamas
Jasman
Ahmad.1996.Pencemaran Alam Sekitar.Kuala Lumpur : Eddiplex Sdn.Bhd.
Mohaidi
Tajuddin.1989.Teori Ekonomi Alam Sekitar.Kula Lumpur: Dewan BahasaDan Pustaka
William
P.Conningham, Barbara Woodworth.1990.Environmental Science: AGlobal Concern.
United
States of America: WM C.Brwon Publishers
LAMPIRAN
Lampiran 1: Borang Kaji Selidik
MASALAH SISTEM PENCEMARAN SALIRAN & PERPARITAN TERHADAP
MASYARAKAT DAN PERSEKITARAN DI PEKAN BOTA KANAN
A.
LATAR
BELAKANG RESPONDEN.
1.UMUR: 15-25 [ ] 41-70 [
] 2.JANTINA:
26-40 [ ] LELAKI [
] PEREMPUAN [ ]
3.PEKERJAAN :
4.TARAF PENDIDIKAN:
GURU [ ]
KERJA SENDIRI [ ] PMR [
] SPM [ ]
PELAJAR [ ]
LAIN-LAIN [ ] DIPLOMA [
] IJAZAH [ ]
LAIN-LAIN [ ]
5.KAUM:
CINA [ ] MELAYU [
]
INDIA [ ] LAIN-LAIN [ ]
B.PUNCA PUNCA BERLAKUNYA MASALAH PENCEMARAN SISTEM SALIRAN
& PEPARITAN TERHADAP MASYARAKAT DAN
PERSEKITARAN DI PEKAN BOTA KANAN
BIL
|
KENYATAAN
|
TAHAP PERSETUJUAN
|
||||
1
|
Kurangnya
sikap ambil peduli dalam kalangan masyarakat di pekan ini.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
2
|
Kurangnya
nilai nilai murni dalam kalangan masyarakat di pekan ini.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
3
|
Sikap
masyarakat yang sering mengabaikan tanggungjawab mereka.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
4
|
Sikap
pihak berkuasa kampung yang enggan mengambil tindakan dalam hal ini.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
5
|
Pihak
jawatankuasa kampung yang kurang aktif dalam mengawal kawasan kampung.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Masalah
daripada pihak MAJLIS TEMPATAN yang tidak mempedulikan masalah ini.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
7
|
Sikap
pihak MAJLIS TEMPATAN yang gagal menyelesaikan masalah.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
8
|
Kurangnya
prasarana yang diberikan oleh pihak MAJLIS TEMPATAN.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
9
|
Sikap
pekerja pihak MAJLIS TEMPATAN yang cuai dalam melakukan kerja.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
10
|
Masalah
kemudahan pihak MAJLIS TEMPATAN yang rosak dan tidak diperbaiki.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
BIL
|
KENYATAAN
|
TAHAP
PERSETUJUAN
|
||||
1
|
Menyebabkan pencemaran bau di kampung tersebut
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
2
|
Akan berlakunya masalah penyakit berjangkit dalam kalangan
masyarakat
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
3
|
Mengganggu ketenteraman penduduk setempat.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
4
|
Akan berlakunya kemusnahan akuatik jika berlarutan ke sungai
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
5
|
Kemusnahan berlaku di dalam sungai mahupun laut
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Kampung dipandang kotor oleh masyarakat luar.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
7
|
Kehidupan masyarakat menjadi huru hara.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
8
|
Pelbagai kehidupan yang musnah berpunca daripada hal tersebut
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
9
|
Masyarakat dihuni rasa takut akibat dicemari dengan pelbagai
jangkitan
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
10
|
Masyarakat akan berasa kesal akan masalah yang berlaku ini.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
C.KESAN KESAN BERLAKUNYA MASALAH
PENCEMARAN SALIRAN & PEPARITAN TERHADAP MASYARAKAT DAN PERSEKITARAN
DI PEKAN BOTA KANAN