Pages

Tuesday, 11 February 2014

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Contoh Dapatan Kajian PBS Pengajian Am

Assalamualaikum..

              'Sila jangan menyalahgunakan sumber yang diberi. Sekian :) '

Kesibukan untuk exam menyebabkan PBS tertangguh. SENGAJA tangguh dek kemalasan yang membuak buak. Buat PBS ni pun memerlukan tahap kerajinan yang tinggi. Dan kelengkapan yang cukup. Kalau takde A4 paper memang tak jalan PBS.

Disebabkan dah ramai yang tanya pasal dapatan kajian, so saya nak bagi contoh untuk dapatan kajian. Contoh ni belum disemak oleh guru PA saya, tapi saya buat ikut kehendak cikgu saya. So, harap harap betullah cara saya buat ni. Dapatan ni depend jugak pada cikgu kita dia nak kita buat macam mana. Harap uoll tanya cikgu PA masing masing cara nak buat PBS PA ni.

Cikgu PA saya terangkan,
'Untuk dapatan kajian, pelajar perlu buat 5 perkara. Perkara tu ikut pada objektif kajian. Contohnya, 5.1 responden.. 5.2 citarasa. dan sebagainya. Perkara perkara tu jugak boleh ambil dalam hasil kaedah kajian. Contohnya, hasil soal selidik'
Agak susah nak terangkan dekat sini. Kalau kurang memahami lagi, sila lah tanya cikgu PA masing masing yee. Ni ada satu contoh yang saya buat. Sepatutnya sebelum start 5.1, saya kena buat pengenalan untuk dapatan kajian. Pengenalan tu rumusan tentang apa yang kita nak cerita dalam dapatan kajian tu. *Harap korang memahami apa yang saya cuba nak sampaikan. 



5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

  5.1 Responden

               5.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Status

Jadual 1 menunjukkan taburan responden berdasarkan status. Didapati responden berstatus pelajar merupakan majoriti dalam kajian ini dengan bilangannya seramai 20 orang (66%) diikuti responden berstatus guru seramai 5 orang (18%) dan responden berstatus kakitangan pula seramai 5 orang (18%).


Status
Frekuensi
Peratus (%)






Guru
5
18
Pelajar
20
66
Kakitangan
5
18
Jumlah
       30

100


Jadual 1 : Taburan Responden Berdasarkan Status                                    
 Sumber : Borang Soal Selidik
              


5.1.2 Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Analisis menunjukkan sebilangan besar responden dalam kajian ini terdiri daripada golongan perempuan iaitu seramai 17 orang (56.7%) diikuti responden dari golongan lelaki iaitu seramai 13 orang (44%).

Jantina
Frekuensi
Peratus

Lelaki
13
44
Perempuan
17
56
Jumlah
30
100

Jadual 2 : Taburan Responden Mengikut Jantina                                        
Sumber : Borang Soal Selidik


Cara nak kira peratus :

frekuensi              X100
jumlah keseluruhan


Bentuk Jadual :

Ikut kreativiti masing masing. Tapi makesurekan dulu dengan cikgu PA masing masing. Kot, cikgu korang nak sama kan jadual tu dengan semua pelajar. Cikgu saya bagi buat jadual macam contoh atas.

Isi Dapatan : 

Pengkaji perlu huraikan dengan lebih banyak tentang jadual atau graf atau carta pai yang dibuat. Perlu nyatakan peratus sekali.


Sebarang persoalan, boleh komen atau chat jee :) InshaaAllah saya akan tolong.














2 comments: